Pengikut

Rabu, 6 April 2011

KOSONG ITU HAMLAU


Berkali-kali aku cuba tenangkan diri dengan ayat-ayat positif. Cuba untuk menipu diri sendiri. Tetapi semakin lama aku tipu diri sendiri, semakin sengsara jadinya. Jiwa aku kosong. Tapi bukan kosong tentang teater atau bentuk kerja seni. Tapi kosong dengan ketidakhadiran oarang yang aku nak dia hadir.

Mungkin cemburu melihat merpati lain yang bebas hinggap ke sana kemari membuatkan jiwa aku semakin 'hamlau'. Apa itu HAMLAU. Aku pun tak tau. Yang mampu aku cakap adalah aku nak dia untuk melengkapkan jiwa aku.

Setiap kali melihat tarikh lahir yang diisi di mana-mana borang, hati menjadi sayu. Memikirkan apa yang akan berlaku lagi selepas ini. Harapan : mestilah aku juga seperti orang lain. Nakkan sesuatu yang positif. Ke arah yang lebih bahagia. Juga ke arah menjadi lebih kaya sama ada harta atau kaya dengan ketenangan dan kebahagian.

Muda : inilah penipuan yang aku tak mampu tipu. Aku mungkin muda bila berada bersama-sama anak muridku yang saiz fizikalnya hampir sama dengan aku. Tetapi lebih jujur kalau ic aku dlampirkan sekali.

Teman sekelilingku sentiasa menguatkan semangat aku. Sabar. Itu kata mereka. Ya, aku tengah sabar dan bertahan. Tapi sampai bila mampu bertahan. Aku juga nak jadi sepeti orang lain. Seperti member aku yang sedang tersenyum di saat kepulangannya di sambut dengan segelas air kosong.

Aku dapat apa yang aku nak. Tapi sesetengahnya aku tak nak apa yang aku dapat. Aku nak yang lain. Aku nak yang ITU juga. Tak perlu tunjukkan aku yang INI atau yang lainnya. Memang hati aku keras. Aku tau tahap kekerasannya. Adakala kekerasan itu menjadi lembut seperti bahulu yang dicicah dalam air nescafe kegemaran aku.

7 tahun adalah satu tempoh yang lama. Melekat dan likat. Tak perlu untuk ajukan kepada aku supaya menerima yang sebulan atau setahun. Aku masih nak yang 7 tahun itu. Sebabnya juga kerana aku bukan jenis yang mudah mendepa tangan menerima yang sebulan atau setahun.

Setiap manusia ada kesalahan dan kesilapan yang dilakukan. Aku bersyukur aku disedarkan sebelum aku tak disedarkan langsung. Tapi kesedaran aku itu tak mampu untuk menutup kebaikan yang aku taburkan. 1000 kebaikan yang kita lakukan, mampu menutup semua itu dengan hanya 1 kenakalan. Itulah hukuman yang harus aku lalui.

Aku bertahan. Ya aku masih bertahan. Dan aku akan pertahankan. Mampu ker. Aku bertahan di seberang sini sedangkan benda yang aku nak pertahankan berada di seberang sana.

Aku cuma nak DIA. Aku taknak kamu, kau, demo atau yang lainnya. Kerana DIA aku disindir 'patah'. Kerana DIA aku didatangi kamu, kau dan demo yang aku aanggap seperti yang lainnya. Kerana DIA, aku lalui 7 tahun tanpa mencari yang sebulan malah menolak yang 8 tahun. Kerana dia aku bertukar dari 2 tingkat ke corner lot setingkat.

Aku nak DIA untuk jadi seperti dulu. Aku nak DIA untuk jadi penyokong aku.

Tapi kalau itu yang ditakdirkan, aku terima seadanya. Mungkin ini hukuman ke atas gelinciran yang telah aku lakukan. Reda dan pasrah. Tapi masih mengharap.

DIA, andai kau dengar isi hatiku...
Akan tersenyum engkau seketika..
DIA, andai kau tau kejujuran aku...
Mungkin kau hapuskan dosa kecilku...

DIA, andai ini hala tujuku..
terpaksa aku lalui jua..
DIA, andai masa itu boleh diputar seperti jam dinding...
Kita akan berbahagia selamanya..

Untuk kamu, kau dan demo...
Aku cuma nak DIA....

Aku yang hamlau....kosong di jiwa.

3 ulasan:

miss independent berkata...

sedar diri bagus untuk diri sendiri..
berilah hukuman untuk diri sendiri dahulu sebelum dihukum dengan DIA..

malau berkata...

dah terhukum...tp bukan tugas kita untuk menghukum sesama kita..

miss independent berkata...

betul itu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...