Pengikut

Rabu, 4 Mei 2011

JANGAN BANYAK CAKAP..TENGOK JER

Sepanjang minggu lepas ada beberapa benda berlaku di sekitar diriku yang kerdil lagi kurus ini. Tapi tak semua perlu dihebahkan atau diceritakan. Kang dikatakan 'over' lak.

KURSUS

Sepanjang minggu lepas sepatutnya aku siapkan markah akhir untuk pelajar-pelajar aku. Tapi tiba-tiba kena pergi satu kursus untuk memantapkan pengajaran aku yang memang tak berapa mantap. Jadi dengan semangat yang penuh di dada, aku pergi jua. Tapi hari pertama aku tak pergi...huhu. Aku cuma pergi hari kedua. Tak perlu tau kenapa aku tak pergi pada hari pertama.



Inilah raja POP dan raja LAN

BALIK WEHHH...

Sehari kemudiannya aku mula bergerak balik kampung untuk beberapa urusan. Jap agi aku cerita. Perjalanan aku bermula pada petang hari Khamis melalui jalan Bahau dan Palong dan Muadzam dan Kuantan. Dengan kegigihan yang ada aku memandu kereta kebalku melalui destinasi tadi. Untuk balik ke kampung aku di Kelantan sebenarnya ada dua jalan utama. tapi kali ini aku ikut jalan jauh sedikit. Ada sebabnya. Nanti jap agi korang tau.



PANTAI


Inilah penyebab utama aku untuk melalui jalan ini. Sebab nak lihat pantai. (huhu..ya ke). Tapi ada lagi yang menjadi penyebab utama. Tak perlu aku ceritakan detail kerana mungkin ianya tidak selesa bagi sesetengah orang. Aku/kami singgah di Dungun Terengganu seketika. Melahapkan diri dengan makanan Terengganu.

Aku/kami juga sempat menjamah nasi minyak dan nasi dagang. Lupa nak bagitau yang sebenarnya aku tidak keseorangan memandu kereta. Aku bersama 4 orang lagi rakan dan taulan.

Aku sayang orang dalam gambar ni.



AIR TERJUAN LATA REK

Sampai saja di kampung, ada beberapa benda yang aku lakukan. Salah satunya aku membawa kami untuk sama-sama mandi di air Terjun Lata Rek. Ini adalah tempat yang selalu aku lepak atau mandi di saat kelapangan atau hujung minggu. Dulu banyak ikan kat sini. Tapi sekarang banyak 'buaya' plak.

Masa kecik-kecik dulu aku selalu ikut abang atau bapak aku menjala ikan di sini. Kitaorang pernah dapat ikan kelah sebesar paha yang kemudiannya dijual kepada cina dekat simpang dengan harga RM20 hinggit sekilo. Sekarang ikan dah kurang sebab banyak sangat aktiviti tuba menuba. Jahat betul manusia ni. Rakus.

Air terjun ni berada berhampiran dengan rumah aku. Jarakknya tak sampai 5 minit kalau bawak motor laju-laju. Kalau merangkak jaraknya dalam 2 hari. Kalau jarak normal adalah 6-7 minit jer. Bila waktu malam sunyi (malam bising takder), dapat didengari bunyi air terjun yang menghempas batu.




ari dugong dalam gambar di atas.

SELAMAT PENGANTIN BARU


Sebenanrnya inilah penyebab utama aku balik ke kampung. Untuk bertandang ke majlis perkahwinan Natrah dan Nizam. Natrah ni bagi yang tak kenal adalah rakan sekerja aku di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. Dia dapat jodoh ngan tentera yang berasal dari Kedah. Tahniah dan selamat pengantian baru buat kalian. JANGAN NAK TANYA AKU PLAK BILA !!!


TENGOK SAWAH DI PASIR MAS

Selepas selesai dok menyibuk di majlis Natrah, kami bergerak menuju ke Pasir Mas. Kami ke sana untuk ke rumah nenek salah seorang rakan dan taulan yaang ada di atas kereta tu. Semapat juga kami singggah menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah yang maha kuasa. Kami juga sempat mengambil beratus-ratus gambar kenangan di sana. Yang mampu aku letak satu ni jer. Kalau nak tengok yang lain kena jumpa aku la sendiri.


WAKAF CHE YEH

Kemudian aku bawak diaorang tu ke satu tempat yang 'klise' bagi orang Kelantan tapi luar biasa bagi orang luar. Kami ke Wakaf Che Yeh untuk jamu mata diaorang dengan barang-barang dan gelagat manusia di sana. Susah jugak la nak cari parking. Banyak bas dan pelancong dari luar yang datang ke sana. Kami parking jauh dan terpaksa jalan kaki.

Di sana aku terasa gatal sangat-sangat tangan nak beli jersi bola yang bermacam-macam bentuk dan harga. Tapi aku tahan jer sebab nak simpan duit untuk kecemasan memandangkan perjalanan aku masih jauh.

Sebelum balik, aku sempat memaksa diaorang yang 4 oarang tu untuk melihat telatah penjual di khemah yang menjual barang dengan harga gila babi. Gila babi bukan gila, tapi murah gila. Barang yang dilelong terhad. Siapa cepat dia dapat. Sesetengah barang yang dijual dengan harga seringgit, 5 sen dan harga separuh dari yang kita jangka.




AKU DULU-DULU

Sementelah balik, aku sempat turun ke gelanggang yang pernah aku trun sebelum aku bergelar pengajar di Melaka ni. Aku ke kebun bapak aku dan bantu apa ayang patut. Pada masa tu bapak aku tengah tanam timun dan mencangkul beberapa 'batas' tanah. Kalau rajin, try la scroll ke bawah untuk tengok entry aku yang dulu2 tentang aku dulu-dulu.




BALIK DAN MA

Kami balik ke Melaka semula pada hari Ahad. Kali ni kami melalui jalan Gua Musang dan Lipis. Sampai di Jerantut, aku sempat berjumpa dengan Ma aku yang datang dari rumah adik aku. Dia ke sana untuk melihat kakak ipar aku yang tingal di Kuantan yang baru saja melahirkan anak.


MELAKA

Akhirnya kami sampai jua di Melaka dengan badan aku separa penat. Hantar diaorang ke tempat diaorang masing-masing. Aku balik rumah dan bersiap untuk rehatkan badan. Sebelum tidur, sempat aku rindukan kenangan aku bersama diaorang dan rindukan keluarga di kampung dan rindukan aweks. (Aku ada awek ker..huhu)


* Kalau ada kesalahan ejaan atau tulisan sila bagitau. Aku tak sempat nak semak. Kena balik umah. Dah lewat ni. Umah aku takder internet. Tak canggih macam korang.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ni cerita apa ni? Apa yang kejap lagi aku bagitau tu? Tak bagitau sampai sudah pun. Letak gambar kursus tu, konon2 nak cover lambat key in markah la tu.

razlan ab razak berkata...

caption kau kt gambar aku dgn ab tu silap la..AB KOP = king of puas...

MALAU berkata...

tanpa nama..haha...memang seangaja tak nak citer abis..sebab senang nak buat episod berikutnya. filem pun ada sekuel kan.

Lan..nanti esok aku edit arr..arini tak sempat nak semak. KOP tu untuk korang berdua

100Plus berkata...

ab=king of puas?

haha, tak ley blah!

MALAU berkata...

100plus...haha

fluffyteddy berkata...

cantik cik nat... thanks upload gambo kawin cik nat.. >.<

Tanpa Nama berkata...

mamat mat jee nie.. balik dok ajok aku.. lau tau.. aku cancel tengok konsert MLRT malam tuh.. ha ha ha.. abah buat kebun tepi sungai puloks ek??? hmm... cian pula.. aku x dok... selamatlah bro.. raye nie balik sesame.. ha ha.. singgah dulu moh angah.. wat lemang...


--si kecik malawi

MALAU berkata...

fluffyteddy...huhu..sama-sama..itu je yang saya mampu lakukanm utuk berkongsi dengan yang lain.

malawi..haha...bereh..nanti aku ada bajet lebih sikit aku g singgah sana. loni bajet tersasar skit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...