Pengikut

Selasa, 21 Jun 2011

HIDUP MESTI TERUS



Penilaian MQA untuk Diploma Teknologi Seni Teater.

Semua yang terlibat termasuk aku bertungkus lumus mengadakan persediaan bagi menyambut kehadiran para penilai dai MQA, Sebagai kepala Jabatan Teater yang baru, banyak benda yang harus aku lakukan dan pelajari. Team yang membantu juga sangat membanggakan apabila taraf senior junior tidak diambil kira. Seperti sebuah keluarga, kami akhirnya berjaya menyelesaikan banyak kerja yang harus dilakukan bagi menghadapi kedatangan para penilai MQA ini.

Sepupu Aku Kawin

Cuti telah aku pohon. Barang telah di taruk dalam beg. Maka bertolak lah aku ke stesen keratapi Tampin untuk balik ke kampung. Bantuan kawan aku iaitu Saipol dan Ab untuk menghantar aku ke stesen keretapi sangat mengembirakan aku. Jarak perjalanan dari Melaka ke Tampin mengambil masa 20 hingga 45 minit bergantung kepada kesesakan kenderaan di atas Lebuh AMJ. Alangkah kecewanya apabila sampai di sana, tiket kehabisan sehingga 14 Jun 2011. Jam di tangan aku menunjukkan tarikh 11 Jun pada masa itu. Jadi dengan rasa sedih dan gundah gulana, maka berangkatlah kami kembali ke Melaka seakan-akan mereka datang mengambil aku setelah aku kembali dari kampung.

Bengkel Teknikal dan Pengurusan Produksi BBK Peringkat Negeri Melaka

Kursus ini merupakan anjuran JKKN dan Taman Budaya Melaka. Berlangsung selama lima hari. Kursus yang diadakan ini merupakan sebuah kursus asas yang amat bermakna buat penggiat teater tidak kira baru atau lama. Aku juga salah seorang peserta dalam bengkel ini bersama beberapa otai teater Melaka seperti Pak Mahmood Jailani, Pak Rahim, En. Sahban Smail dan beberapa orang lagi yang lain. Bengkel yang berlangsung dari 16 jun hingga 20 jun ini di pantau oleh Fasilitator dari Istana Budaya yang bertindak sebagai tenaga pengajar.

Roadtax mati
23 hb Jun ini roadtax kereta aku mati. Jadi kena bayar la.

Balik KG lagi.
Esok aku akan berangkat ke kampung sebagai membalas dendam kepada ke'tidakpulangan' aku dahulu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ececeh... - RVP

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...