Pengikut

Selasa, 16 Ogos 2011

KEJAYAAN AURA PRODUCTION FC - PUTRAJAYA

Tanggal 30 Julai 2011, Aura Production FC sekali lagi melakar kejayaan yang amat membanggakan buat Aura Creative Production selaku peneraju utama. Aura Production FC yang dibentuk sekadar mengisi masa lapang aktiviti sukan iaitu futsal ternyata kini menjadi satu pasukan yang sangat dibanggakan oleh kami.

Bertempat di Gelanggang Futsal 1 Malaysia, pada tanggal tarikh ini telah berlangsungnya KEJOHANAN FUTSAL 1 MALAYSIA PUTRAJAYA 2011. Kejohanan ini melibatkan 64 pasukan dari seluruh pelusuk Malaysia seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis, Melaka, Selangor dan lain-lain.

Dari 64 pasukan yang bertanding bagi kategori lelaki, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka Telah menghantar 5 pasukan. Manakala 1 pasukan untuk kategori wanita. Ini merupakan IPT yang menghantar paling banyak penyertaan.

Pasukan yang terlibat di bawah lindungan KAYM adalah :

- Aura Production FC
- Barracuda FC KAYM
- Ashiteru FC KAYM
- Ole Tempo FC KAYM
- ICYM
- Awan Nano FC KAYM

Kesemua pasukan yang bertanding berjaya memenangi perlawanan peringkat liga dan dapat melayakkan diri untuk berada di pusingan kedua.


Apa yang lebih membanggakan, Aura Production FC yang turun selaku Juara bertahan untuk dua tahun berturut-turut peertandingan Futsal KAYM, sekali lagi menambahkan koleksi kemenangan apabila berjaya melayakkan diri hingga ke peringkat suku akhir. Dengan kejayaan ini telah meletakkan Aura Production FC sebagai pemenang tempat ke lapan dengan mebawa pulang wang tunai sebanyak RM200 beserta hamper.

Manakala juara untuk pertandingan ini dimenangi oleh Pasukan dari UiTM Shah Alam. Pasukan ini membawa pulang hadiah wang tunai RM3000 + hamper +medal.

Projek ini merupakan projek yang dianjurkan oleh Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Perbadanan Putrajaya.





Inilah pasukan Aura Production FC yang kesemuanya mempunyai bakat dan skills tersendiri kecuali pengurus pasukan yang tak pandai menggelecek bola.
Berdiri dari kiri - Endy, Malau, Kimie, Hazwan, Pijie. Duduk dari kiri - Lan, Anip, Ijoi.


Penulis : Turun selaku pengurus pasukan. Sekadar bergaya dan berbangga dengan kejayaan pemain di bawah Aura Production FC.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ehhh..sapa ckp pengurus tak pandai gelecek bola..pengurus lagi terer..pakai tangan je...

malau berkata...

amboiii..tanpa nama. tu pengurus lain. tapi pengurus ni x gitu. sekadar tengok anak buah main jer..hihi

Tanpa Nama berkata...

eleh pengurus ni. taknak naku plak dia..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...