Pengikut

Jumaat, 4 November 2011

ADA GULA TAPI TAK ADA RASA


Terkedu seketika bila baru saja selesai membaca keluhan dan luahan hati x kekasihku. Antara kami sudah lama mengenali hati budi. Namun takdir tidak membenarkan kami untuk terus bersama. Tak tau di mana silapnya. Tapi rasanya aku yang silap. Dan memang aku. Sebab terlalu taksub dengan kerja dan terlalu taksub kepada hal yang lain sehingga sedikit-demi sedikit gula yang aku ada semakin tiada rasanya.

Dia wanita yang baik. Sentiasa mengingatkan aku saat aku alpa. Saat aku duka. Dulu.

Tapi untuk 'dia' andainya membaca tulisan ku ini. Mungkin kita tiada jodoh untuk bersama. Mungkin juga kamu akan jumpa orang yang lebih baik dari saya. Saya lelaki tidak berharta. Ada pangkat tapi tiada nama. Ada harta tapi tidak berpunya. Cuma ada jiwa dan sikap yang sama seperti dulu saat kita bercinta. Boros. Gila. Miskin.

Saya yakin awak akan jumpa orang yang lenbih baik dari saya.

'ADA GULA TAPI TAK ADA RASA'.

P/s : Jangan tanya aku x kekasih yang mana dan yang ke berapa.

3 ulasan:

syud berkata...

aikkk... ni yg 7 tahun kawan tu kerr???

malau berkata...

aikk..mana tahu yang 7 tahun kawan ni syud..huhu

Tanpa Nama berkata...

hmm...kesian kan. tu la...bila cinta berubah hala, gula yang manis bertukar tawar... semoga dia tabah.
tapi kenapa perlu terkedu pulak en.zam???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...