Pengikut

Selasa, 27 Disember 2011

LEGA DENGAN SUNTIKAN TERAKHIR


Lega. Akhirnya pementasan teater Suntikan Terakhir selesai. Syabas buat pengarah dan seluruh team produksi. cuti semester memaksa kerahan tenaga secara ikhlas dilakukan. Berjaya juga mengumpulkan 20 orang tenaga produksi bagi menjayakan pementasan ini.

Projek arahan Mohd Ziyad ini telah dipersembahkan selama dua hari di Panggung Seri Taman Budaya Air Keroh Melaka. Ternyata banyak yang dipelajari oleh seluruh tenaga produksi untuk menghasilkan sebuah karya yang agak mencabar ini.

Begitu juga aku, banyak yang dipelajari di sebalik pementasan. Banyak juga yang dirasakan boleh dipertingkatkan di masa akan datang untuk Aura Creative dan untuk Jabatan Seni Teater sendiri.

Untuk seluruh tenaga produksi dan Mohd Ziyad, belajarlah dari pengalaman. Jangan berputus asa dalam apa jua urusan yang betul. Landasan yang baik harus diteruskan. Berpatah arang sebelum dipatahkan segala rusuk.

Jangan ego dan bangga dengan ilmu yang ada kerana mungkin ada kekurangan di penjuru yang tidak mampu kita lihat. Carilah pedoman untuk membantu memperbaiki penjuru yang calar itu. Siapa lagi nak ubah kita jika bukan keluarga kita dan diri kita yang berkehendakkan ke arah itu.





Jumpa lagi di produksi yang akan datang. Januari menanti.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...