Pengikut

Selasa, 27 Disember 2011

PAK LEMAN TIDAK TENTERAM

Hari ni dah masuk hari ketiga Mak Bedah tidak bersama Pak Leman. Merajuk sakan Mak Bedah. Akibat salah paham yang tidak disengajakan.

Semalaman Pak Leman cuba untuk lelapkan mata, tetapi hampa. Semakin dilelapkan, semakin kuat rasa rindu dekat Mak bedah. Biasanya rajuk Mak Bedah tak lama. Tapi kali ini lama. Pak Leman beberapa kali keluar masuk bilik. Adakalanya ber'cak...cakkk di pintu bilik sambil menggayakan seakan Mak Bedah turut sama ber'cakk ...cakkk dengan dia. Namun semua itu lakonan semata-mata bagi menghiburkan hati sendiri.

Ke dapur untuk membuat air. Tapi rasa masin setelah disiapkan air itu. Pak Leman tak mampu untuk 'fokus' kepada kerjanya. Garam dijadikan gula. Kalau Mak Bedah ada, dia takkan jadi begini. Segalanya di atur secara tersusun oleh Mak Bedah.

Pak Leman menyesal kerana telah membuatkan hati Mak Bedah terluka. Namun sebenarnya ada penjelasan yang belum habis diperjelaskan kepada Mak Bedah. Flashback kembali semasa tercetusnya kelukaan Mak Bedah.

Pada masa tu hujan lebat di kampung itu. Sudah dua hari hujan. Tapi hari tu hujan agak lama. dari pagi sampai lah ke malam. Kebetulan adik-adik Pak Leman datang dari kampung. Untuk melawat Pak Leman yang juga berda di kampung. Jadi pada malam itu membawa adik-adiknya berjalan menaiki keretanya yang sebelah pintu terpaksa di ikat dengan tiub motor yang diubahsuai. Mak Bedah tak ikut sama, kerana membantu jiran sebelah menangkap musang yang menggangu ayam jagaan jiran tu.

Dipendekkan cerita, semasa membawa adiknya berjalan-jalan, Pak Leman telah kehabisan kredit. Nak ke Kedai Tujuh Sebelas, tapi hujan lebat. Tambahan pula kereta di jalanan penuh sesak. Maklumlah hari minggu. Semua anak muda kampung tu balik. Jam hampiri agka 12. Adik-adik Pak Leman mulai mengantuk. Dalam keadaan itu, Pak Leman terlupa untuk membeli kredit untuk telefon tangannya. Sebab terlalu memikirkan adik-adiknya yang mengantuk. Dihantar adiknya ke rumah. Sampai saja di pintu pagar rumah, Pak Leman menepuk dahinya. Terlupa akan kredit telefonnya. Dibiarkan adik-adiknya masuk dulu ke dalam rumah.

Pak Leman bergegas keluar semula. Menerjah hujan yang tidak ada 'hint' untuk reda. Nasib baik kedai Tujuh Sebelas masih lagi dibuka. Tanpa mematikan enjin kereta, lantas menuju ke kaunter dan menghulurkan telefonnya. Penjaga kaunter sudah faham benar akan sikap Pak Leman itu. Pak Leman tak pandai nak menambah nilai sendiri. Terpaksa la pekerja di kaunter itu tolong masukkan. Setelah selesai bayaran dibuat, Pak Leman bergegas kembali ke rumah. Tanpa Pak Leman sedar, dia tidak buka lampu keretanya sepanjang perjalanan balik rumah. Patutlah ada beberapa biji kereta menyalakan lampu tinggi kepadanya. Dalam hati disangkanya orang kampung menegur ada hantu di atas bumbung keretanya. Huhu. Senyum.

Sampai saja di pintu rumah, Mak Bedah tercegat dengan tangan di pinggang. Dan sebelah lagi pinggan di tangan. Bayangkanlah sendiri. Mak Bedah dengan nada suara sedikit marah bertanyakan ke mana hala Pak Leman balik lambat. Lantas dijawabnya ke kedai membeli kredit. Mak Bedah bengang. Pak Leman bingung. Mak Bedah persoalkan kenapa tidak dibeli terus semasa perjalanan balik bersama adik-adik tadi. Pak Leman jawab terlupa. Paham tak. Ermm terpaksalah buat dalam bentuk dialog. Jap ya.

Kita mulakan balik setelah Pak Leman tutup pagar rumah. Mak Bedah di pintu dengan sebelah tangan di pinggang. Dan sebelah lagi pinggan di tangan.

Mak Bedah :
Kenapa lambat balik. Mana abg pergi.

Pak Leman :
I pegi beli kredit B.

Mak Bedah :
Aih, kenapa tak beli terus tadi. Bukan ke lagi menjimatkan.

Pak Leman :
I lupa la B. Lagipun hujan.

Mak Bedah :
Penipu.

Berdesing telinga Pak Leman. Ditahannya rasa marah itu. Tanpa menjawab bebelan Mak Bedah yang sudah nak masuk 'page 2', Pak Leman terus masuk ke bilik.

Jadi itulah pencetus kenapa Mak Bedah merajuk.

Pak Leman berharap sangat harini akan ada sinar. dia sayang akan hubungannya dengan mak Bedah yang sudah terlalu lama. Jangan kerana hal kecil ini mereka bertengkar. Pak Leman tau dia juga kena mengalah kali ni. Tak apa. demi kebahagian mereka, Pak Leman akan mengalah.

Tapi namaknya kali ni, Mak Bedah yang tak nak mengalah. Mak Bedah membisu. Pak Leman buntu.

Bantulah Pak Leman. Pak Leman sayang Mak Bedah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...