Pengikut

Selasa, 6 Disember 2011

PAK LEMAN DAN RANTING

Beberapa hari selepas menyaksikan Malaysia menjadi Juara Bola sepak Sukan Sea. Pak Leman berehat di anjung rumah. Di hadapannya ada sebuah laptop lama pemberian anaknya yang berkerja di Kedah tu. Lama tak lama, tapi ok la. untuk buat main games angry bird dan facebook tu mampu lagi. Dah dua hari Pak Leman tak update status. Dia yang jenis malas nak update kalau tak ada benda yang penting. Yang akhir dia update tu pasal Malaysia menang bola. Tu je. Kali ni dia terfikir untuk letak status baru. Cari punya cari idea masih tak ada. Yang dia mampu hanya scroll halaman utama facebook untuk melihat status baru orang lain. Sesekali mengeleng kepala. Terhenti sekejap dekat gambar yang dia malu nak tengok. Dahsyat. Terdetik hatinya.

Diam tak diam, dah hampir dua jam dia menatap facebook tu. Nasib baik Mak Bedah tak ada. Mak Bedah ke kampung Sesedut untuk buat persediaan kahwin sepupu sebelah saudara jauh tapi rapat dia. Pak Leman bukak laman Word. Nak menaip sesuatu katanya. Dia mulakan tulisan...

Duduk....
Kemudian berdiri...
Berjalan...
Mula nak berlari...

Berlari...
Ada ranting menghalang kaki...
Aku berhenti...
Nak tolak ranting ke tepi...
Fikir dua tiga kali...
Ah...tak jadi...

Nak ke depan...
Bukannya senang...
Nak ke belakang...
Pantang....

Rempuh jua.....
Ada sesuatu di sana..

Pak Leman terhenti seketika. Tangan ke dagu. Nak menongkat dagu. Tapi macam tak sesuai. Bersandar di kerusi. Dia cuba menyambung..

Pelangi itu indah..
Nak dekat susah...


Rasa macam tak kena pula. Tapi tu saja yang dia mampu. Pak Leman salin semula ayat itu. Kemudian dia letakkan kat wall facebook. Tapi sayang. Ayatnya terlalu panjang. Terpaksalah dia potong separuh.

Sempat juga dia hantar ke facebook malauazam. Anak muda yang dia kenal masa kat hentian rehat dan rawat Seremban bulan lepas. Pak Leman taip sesuatu kat ruangan mesej malauazam. Katanya "Mat Jey, mung letak kata-kata pak cik tu kat dalam blog mung tu. Pak cik nak tunjuk kat orang kampung. Dah letak nanti share lah dengan pak cik".

7 ulasan:

syud berkata...

comeynyaa... hohoho

MALAU berkata...

aikk..sapey yang comeyy..mana tau pak leman comeyy/..

Razlan Ab Razak berkata...

kalau aku ye la comel...kan?

MALAU berkata...

ha..ah..comel ya...aku comey sikit dari pak leman..

syud berkata...

PAK LEMAN BUKAN..PAK MALU PON BUKAN.. HAHAH.. CITA NI LA YG COMEY HAHAHAHHA... =P

syud berkata...

*MALAU

MALAU berkata...

huhu..citey pak leman la tuh..untung pak leman zaman sekarang..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...