Pengikut

Isnin, 5 Disember 2011

PAK LEMAN, BOLA DAN ULTRAS MALAYA

Pak Leman mengeluh lagi. Sambil melurut daun rokok yang baru diambil dari bekas tembakau. Matanya meliar seakan mencari sesuatu. Mak Bedah yang tengah melipat kain sekali-sekali melihat kelakuan Pak Leman. Agak berlainan dari malam-malam biasa. Mak Bedah dapat mengangak ada benda yang tak kena.

Pak Leman meletakkan daun rokok yang telah diisi dengan tembakau dan digulung kemas. Diletakkan di sisi kanan lututnya berhampiran dengan cawan kopi panas yang baru saja disiapkan oleh Mak Bedah tadi. Tangannya pantas mengambil sehelai lagi daun untuk diletakkan tembakau. Otaknya ligat. Ligat mengingatkan sesuatu. Antara sedar dan tidak, antara nyata dan lelap.

Dua. Tiga. Empat dan kini sudah 14 batang rokok daun telah disiapkan. Kopi panas di sebelahnya masih lagi tidak diusik. Mak Bedah sekali sekala mengeleng kepala melihat keadaan Pak Leman yang aneh itu. Hendak ditegur tapi rasa malas menyelubungi diri. Ah, biarlah dia berkhayal. Mak Bedah bercakap dengan diri sendiri.

Pak Leman memasukkan daun rokok yang telah disiapkan itu ke dalam bekas besi yang biasa digunakan itu. "B, esok abg balik lambat". Akhirnya Pak Leman bersuara. B adalah panggilan manja untuk Mak Bedah. Mengambil sempena pangkal nama Bedah.

Terhenti seketika kerja-kerja melipat kain Mak Bedah. Ada keluhan yang ingin disampaikan oleh Mak Bedah. Tapi dia tahan. Demi suami tercinta, dia biarkan pertanyaan berlegar difikiran. Dia masih ingat lagi kekecewaan Pak Leman pada bulan lepas. Dibuang kerja dan motor cabuk dilarikan orang. Ibarat sudah jatuh tapi terjatuh lagi.

Mak Bedah dan Pak Leman berkahwin di usia muda. Ketika melahirkan anak pertama, Mak Bedah baru sahaja berumur 13 tahun ketika itu. Sekarang sudah ada 15 orang anak tidak termasuk yang meninggal masa kecil. Semua anaknya sudah keluar dari kampung itu. Mereka sudah berkeluarga dan tinggal di bandar. Ada juga anaknya berada di Karachi, menjual karpet dan kain baldu. Yang seorang lagi berada di China, menjual ayam untuk pasaran Asia.Itu yang dikatakannya kepada Mak Bedah dulu. Bila masa raya barulah mereka berkumpul. Itupun tak pernah cukup kesemuanya. Ada saja yang tidak dapat pulang. Si Husnataaini yang berada kat Kedah jarang benar balik. Sejak jadi isteri kepada YB Tajuddin Ujdud tu, sudah semakin sibuk.. Katanya tengah menaik taraf persatuan wanita dekat Kedah. Maklumlah, dia juga yang jadi admin kepada facebook persatuan.

Pak Leman bangun dari tempat dia duduk tadi. Bergerak ke depan sedikit dan mengambil sesuatu dari atas peti televisyen. Menekan alat tersebut sambil menghala ke TV. Duduk kembali ke tempat duduk asal tadi. Melihat ke arah jam. 'Baru jam 8.00 malam.' Detik hati kecilnya. malam ini ada perlawanan akhir bolasepak sukan Sea di Indonesia. Malaysia lawan Indonesia. Pak Leman memang minat gila akan bola sepak. Masa muda dulu dia selalu menjadi pemain mewakili sekolah pondok dan kampung dalam sukan bola sepak. Namun dia juga berminat dengan sukan bola jaring. Tapi pada masa tu, Jepun tak benarkan orang lelaki main sukan bola jaring. Kerana mencabuli hak asasi wanita katanya. Jadi Pak Leman curi-curi main apabila ada kesempatan. Pak Leman kenal Mak Bedah pun disebabkan permainan bola jaring. Tapi menurut Pak Leman, pada masa dulu orang tak sebut dengan nama bola jaring. Tapi disebut dengan sebutan yang lain. Maaf, penulis lupa nak tanya lanjut apa namanya.

Pak Leman meluruskan kaki. Seakan-akan seoarang pemain melakukan aktiviti pemansan badan. Ditarik telapak kaki dan dilipat hingga pangkal paha. Pak Leman sedikit tunduk. Lega. Melepaskan kentut rupanya. Mencebik muka Mak Bedah. Mak Bedah bangun sambil membawa kain yang telah siap dilipat. Mengelengkan kepala entah ke berapa kali pada malam ni. Dah faham benar perangai Pak Leman setiap kali melihat siaran langsung bola sepak. Kalau tengok perlawanan Arsenal lagi lah tahap pemanasan fizikalnya memuncak. Siap berlari keliling tiang seri rumah lagi.

Perlawanan bermula. Sebelah rumah tak jauh dari rumah Pak Leman kedengaran sorakkan apabila visel mula ditiup oleh pengadil. Itu rumah Wak Tajdim. Kat rumah tu memang selalu ramai anak muda lepak ramai-ramai menyaksikan bola. Maklumlah ada anak dara iaitu anak kepada Wak Tajdim tu. Bergema dari jauh lagu Hidup Matiku Malaysia. Pak Leman nak cuba ikut lagu tu, tapi dia tak berapa hafal. Pak Leman ada jugak belajar dengan anak lelaki Wak Tajdim yang baru masuk Ultras Malaya tu, tapi dia jenis yang lambat hafal lagu.

Gol Indonesia pertama ditanduk dari sebelah kanan gol Malaysia. Pak Leman tepuk dahi. Dia berdiri serta merta. Rasa kecewa. Dua kali Pak Leman keliling tiang seri umah. Seakan tidak tenang. Tapi Pak Leman Tahu yang Malaysia akan bangkit nanti. Pak Leman duduk semula.

Akhirnya gol Malaysia hadir jua. Pak Leman bersorak dengan girang. Melompat-lompat macam Ahmad Nisfu dalam cerita Seniman Bujang Lapok. Gembira. Pak Leman sangat gembira. Tapi tiba-tiba..... Penulis bangun dari kerusi. Ambil remote control dan tutup tv. Mata penulis mulai mengantuk. Harus diberhentikan akan kerenah Pak Leman ni. Nanti ada masa penulis sambung lagi. Sebelum kalian tutup blog ni, kalian boleh tengok yang lama pasal Pak Leman berhenti kerja iaitu di sini.

Kalau nak tengok Pak Leman dengan bini muda, boleh klik sini. Bini muda Pak Leman tak tau yang dia bini muda.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah...main petik nama Arsenal plak....

-RVP10

MALAU berkata...

haha..naper ...kena bayar royalti copyright ker..aku bantu promosi nama arsenal..walaupun aku tau tak membantu pun

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...