Pengikut

Selasa, 21 Februari 2012

SEMPAT LAGI


Banyak sangat benda nak buat sampai tak tau apa yang harus didahulukan. Semuanya perlu didahulukan. Tapi mengikut kata pakar motivasi, dalam banyak-banyak benda yang penting, akan ada suatu benda yang paling penting yang harus didahulukan.

Kerja Hakiki.
Teater.
Kelas tambahan.
Tugasan Pejabat.
Siapakan baju tempahan.
Siapkan mug tempahan.
Promote Apam.
Futsal bersama Kawan-kawan.
Bantu team futsal perempuan baru.
Pantau latihan teater pelajar.
Cari pensyarah sambilan.
Gabung dan satukan balik otai teater Melaka.
Daftar Aura Creative sebagai R.O.S.
kumpul duit kawin.

...dan macam-macam lagi.

" Pentingkan yang lebih penting itu kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting"

Kita perlu utamakan kerja hakiki. Tapi masa depan juga harus difikirkan. Sampai bila kita nak fikir hanya untuk jangka pendek. Jangka panjang juga harus dirancang.

Kita perlukan tumpuan merancang atau membentuk cabang punca duit. Tapi kita juga harus semarakkan hubungan yang lebih baik. Jadi setiap benda itu perlu seiring. Agama-Duit-Kerja-kehidupan-kekeluargaan-sahabat-kekasih-anak murid-sosial-rehat-ketenangan-ibu ayah-ANAK-AKHIRAT.

Putus asa - Tak pernah putus asa. Aku tak kecewa dengan tindakan harini. Sikit-sikit tu ada la. Tapi nak kecewa banyak tu takder la. Sebab yang harus aku fikir adalah ke depan. buakan kembali ke belakang. Yang berlalu tu biarlah menjadi pengajaran. Pepatah klise ada mengatakan - Kita tak semestinya dapat apa yang kita nak - cinta tak semestinya bersatu - sayang tak semetinya bersama - sakit tak semstinya tak boleh bangkit dll pepatah.

Masa depan - macam-macam yang aku nak lakukan untuk masa depan. Kayuh perlahan tapi tersusun. Tapi mana yang boleh laju tu laju la. Setiap hari juga harus ada penambahbaikan walaupun sebesar biji kurma.



SEMPAT LAGI....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...