Pengikut

Selasa, 15 Mei 2012

TEATER AWANG : BUAH TANGAN TERBARU

Menerima tanggungjawab mengarahkan persembahan teater ini merupakan satu cabaran yang amat besar. Banyak benda yang difikirkan sebelum menerima kelangsungan tampuk pengarahan Teater Awang. Bekerja dalam produksi yang hampir 100% tidak pernah bekerjasama sebelum ini. Perasaan berbaur takut dan tidak yakin dengan diri sendiri muncul.

Pada peringkat awalnya aku menolak tawaran ini. Aku juga telah bermonolog dengan diri sendiri untuk tidak terlibat dengan sebarang teater dalam masa terdekat ini. Selain kecewa dengan ketiadaan penganjuran pertandingan teater peringkat Negeri Melaka, aku juga ingin berehat seketika selepas tamat persembahan teater The Maids di Taman Budaya KL.

Namun setelah beberapa kali pihak JKKN Melaka menghubungi untuk terlibat pementasan ini membuat pintu hatiku sedikit terbuka. Mereka mengharapkan sentuhan anak muda seperti aku ini. Aku masih mentah dalam dunia pengarahan teater lebih-lebih lagi yang berskala besar seperti ini. Pemilihan pelakon dan tenaga produksi telah dibuat. Lagi la membuat hati aku berat untuk menjejakkan kaki ke sana. Mereka juga telah mengadakan pembacaan skrip sebelum aku tiba. Terbayang di fikiran aku akan kesungguhan pihak jabatan dan seluruh tenaga produksi.

  

 Aku terima akhirnya. Kepala separa berat untuk menggalas tanggungjawab ini. Harapan aku nanti supaya mendapat kerjasama yang utuh dari seluruh tenaga produksi. Untuk melakukan seorang diri memang terlalu mustahil untuk aku lakukan. Menjejakkan kaki di ruang latihan pada hari pertama seakan lidah menjadi kelu. Keliling aku merupakan tenaga produksi yang majoriti kenal pada masa itu juga. tak pernah lihat mereka sebelum ini. Begitu juga mereka. Tak pernah lihat aku. Tak pernah lihat karya aku. Sengaja aku tak bentangkan resume aku semasa perjumpaan pertama. Malah sehingga hari ini, tidak sesekali aku bentangkan pengalaman itu ini. Biarlah mereka lihat aku berdasarkan projek ini.
 

 Diam tak diam, tinggal 10 hari saja lagi menuju hari pementasan. Hampir dua bulan latihan berlangsung. tidak ramai yang tahu akan perjalanan latihan ini. Baru dua tiga hari ini aku sebarkan kegiatan aku. Alhamdulillah setakat ni berjalan dengan lancar. cacat cela sedikit itu lumrah produksi. Masalah dan penyelesaian tetap ada. Tidak perlu aku lembarkan masalah di sini. Itu hal produksi. Itu juga hal biasa dan terlalu kecil untuk dituturkan. Biarlah aku pendam dan rasa sendiri. 

Mungkin inilah penilaian yang harus aku langsaikan buat diriku sendiri. Menilai sejauh mana kemampuan aku. Mampu atau tidak, terserah kepada khalayak penonton dan pihak jabatan sendiri. Andaikata pengarahan aku agak teruk, 'jangan jemput aku lagi'. Mungkin aku perlu menapak cara lain. Tapi andaikata ianya berjaya, ini semua berkat kesungguhan seluruh tenaga produksi.


Agak perit sedikit apabila terpaksa membahagikan masa antara kerja hakiki di KAYM dan tanggungjawab hakiki ini. Tamat saja kerja di KAYM, aku bergegas ke tempat latihan. Berada di ruangan latihan hingga mencecah jam 12 malam. Balik ke rumah badan sudah agak penat. Terus baring. Esok kerja lagi. Bussiness sudah aku ketepikan sedikit. Tak banyak tempahan yang aku terima. Kekangan masa.

Minggu ni sudah bermula semester yang baru. Kelas juga bermula. Kerja juga semakin bertambah. Kesabaran dan semangat yang tinggi harus ada untuk aku habiskan sisa 1o hari yang tinggal lagi. Moga segalanya berjalan lancar.


 Sedikit info tentang pementasan Teater Awang.

- Tajuk Pementasan : Teater Awang
- Karya : Mohd Isa Maarof
- Anjuran : JKKN Melaka
- Dengan Kerjasama : Gabungan Anak Seni Teater Melaka (GASTaM)
- Tarikh Pementasan : 25( Jumaat ) dan 26 ( Sabtu ) Mei 2012 
- Masa : 8.30 malam
- Masuk Percuma

Sinopsis : 

Awang berkonsepkan teater semi purbawara. Pengkisahan sejarah Orang Melayu Pertama mengelilingi dunia dengan kapal laut. 
Kisah seorang panglima bernama Awang yang kemudiannya dikenali dengan nama Enrique oleh pelaut Portugis. Mula sebagai hamba perang lalu bertukar sahabat rapat kepada Margellan. Enrique diberi kepercayaan untuk mengetuai ekspedisi Maluku yang akhirnya menemukan mereka dengan Pulau Cebu ( Di Filipina). Kematian Margellan di Cebu oleh peperangan menentang Lapu-Lapu di Pulau Mactan menyebabkan Enrique diketepikan oleh Barbosa dan lain-lain.

Panglima Awang  atau Enrique mencatat namanya dalam sejah pelayaran Portugis dan Sepanyol bermula di Melaka dan berakhir di Cebu.

Penasihat Persembahan : Mahamud Jelani
Penolong Pengarah : Masdura Selamat
Pengurus Pentas : Masdura Selamat

Pelakon : 
- Mohamed Noor Idris
- M. Nazrul M. Yasin
- Ahmad Zuawi Che Cob
- Suhairi Sulaiman
- Bob rizal
- Tn. Guru Yahaya
- Norhafzah Badaleshah
- Badariah Yaakob
- Khairul Fadzly Rosley
- Nur Aqmar Izzianty
-



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...