Pengikut

Khamis, 24 Mei 2012

TEATER AWANG - SAMPAI PENGHUJUNG

Tinggal satu hari saja lagi pementasan Teater Awang akan berlangsung. Jadi dijemput kepada semua rakan-rakan untuk sama-sama menyaksikan persembahan teater ini. Ini merupakan pengarahan pertama aku bersama NGO Melaka. Gabungan tenaga muda dan tenaga otai. Menyeronokkan dan amat menguji kekuatan dalaman dan luaran.

Pengarahan terakhir aku ialah tahun lepas. Dah lama tak mengarah. Memang tak banyak mengarah pun. Orang pun bukannya kenal aku sebagai pengarah. Tak der nama pun aku ni. Cuma untuk setakat ni, baru 60 teater kecil dan besar aku join. Yang lain takder la. Aku sengaja tuliskan bila ada orang perlekehkan aku dengan soalan ..."siapa Malau?"...."apa pengarahan dia?". Takper, kita jadilah orang seni yang humble. Tak perlu rasanya nak bawak resume ke hulu hillir setiap hari. Tak perlu aku canangkan yang aku pernah buat itu ini, tak perlu aku canangkan yang aku pernah terlibat dengan teater KL dulu. Tapi kadang-kadang perlu jugakkan? Emmm..ikut la mana yang rasa sesuai.

Sekejap ya, aku nak cuba ingat penglibatan aku yang lepas. Jangan anggap aku sengaja nak cerita ya. Aku dah tutup skrin monitor aku supaya kalian tak boleh baca part ni. aku juga harap kalian tak baca ya. Nampak macam aku sengaja tulis kalau kalian baca.

Penglibatan :

Pengarahan -
-Gejolak - UiTM Lendu
-Gejolak - Auditorium KAYM
- Gejolak - Festival Teater Melaka ( Juara Melaka 2009)
- Gejolak - Manifestasi Teater di KL 2010
- Monolog denyut - Festival Teater Melaka (Johan) dapat ke KL untuk 6 Monolog Terbaik.
- Teater Melati dan Melur - 2010 di KAYM
- Teater Nur - 2011 di KAYM
- Teater Monolog Salah Siapa - Taman Budaya Melaka sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2010.

Laaa... tu je, mana ada banyak. Jadi banyak lagi yang kena belajar.

Pengurus Pentas atau Penolong Pengurus Pentas
- Teater Selipar Jepun - Stor Teater DBP
- Konsert Pop Ye Yeh - ASM- Stadium Melawati Shah Alam
- Penutup SUKMA Terenggenu - ASM - Stadium Nasaruddin
- Pelancaran Majlis Perbandaran DUNGUN - ASM
- Beberapa Dinner Jabatan - TM - KYM dll
- Majlis Kahwin - SM
- ASM untuk bangsawan apa ntah tak ingat- Masa kat Panggng Bandaraya.
- KL FRINGE FESTIVAL 2008 - Pengurus Projek dan SM
- Beberapa majlis utama KAYM
- DLL

Yang lain tak berapa nak ingat. Malas nak bukak fail.

Lakonan-

- Nuri dan Lokomotif Lipang - Wawan Safwan
- Tunku Kudin di Perak - Arahan Effindi Samsuddin
- Tunku Kudin Akademi Pengajian Melayu UM
- Tunku Kudin di Taman Budaya KL
- Teater melati dan Melur arahan Lenny Erwan
- Teater Selendang Sakti - Roselina Khir, Juara MAKUM
- Teater Singa dan Permata - Roselina Khir, Juara MAKUM tahun sebelumnya.
-  Bangsawan Mahkota Kembayat Negara - Panggung Bandaraya
- Lantai T-Pinkie kat Ipoh - Rosminah Tahir - Extra dialog sikit jer.
- Bangsawang Syamsir Alam - Cikgu Rahman B
- Warkah Menara _ di UM
- Mayat - Di UM
- Miss Julia - Rime Nazrin di taman Budaya KL
- Teater Gejolak untuk beberapa siri di KL, MMU CYBERJAYA, UITM Lendu dan Taman Budaya Melaka.
- Teater Monolog  Denyut.
- Dewan Persidangan - Taman Budaya Melaka 2010.
- Dokudrama RTM - Pengakuan Episod 10
- Extra TV

Tu jer yang aku ingat.

Berbalik kepada Teater Awang, ini merupakan persembahan pertama akan bermula pada hari esok jam 8.30 malam di Taman Budaya Melaka. Kemudian bersambung sehari lagi di tempat dan masa yang sama. Masuk percuma, jadi kalian dijemput dan dialu-alukan datang.

Jika sahabatku datang, sangat diperlukan kritikan buat pengarahanku. Supaya aku tau mana yang harus diperbetulkan dan dimantapkan. Masih muda. Masih mencari rentak sendiri.

Sekali lagi saya menjemput kalian datang. dalam teater ni ada teknik bangsawan, ada teknik persembahan purbawara malahan ada beberapa unsur yang lainnya.

Selain tu ada babak aksi, peperangan, fantasi, digabungkan dengan gubahan muzik khas untuk pementasan teater ini. Oh ya, jangan lupa yang teatr ni juga ada beberapa tarian dalam persembahan dipersembahkan. Ini bukan bangsawan, tapi mengambil sedikit konsep bangsawan.

Pasal set yang boleh aku cakapkan, ada sebuah kepala kapal yang besar di bina di atas pentas. Nak tahu besar mana, sila la datang ke Panggung JKKN Melaka. Kalau lepas tol Air Keroh tu tak sampai 5 minit untuk sampai. Nampak jer petronas sebalah kiri tu terus nyalakan lampu signal ke kiri. Ada board Teater Awang atas bukit tu. Masuk jer. Jangan terlepas sehingga pintu gerbang besar, sebab anda kena u-turn di hadapan jalan Masuk Taman Mini Malaysia.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...