Pengikut

Ahad, 1 Julai 2012

AURA PRODUCTION FC DI KUIM

Pada ketentuan dan ketetapan 26 Jun 2012, sekali lagi Aura Production FC di bawah Aura Creative Production menuju ke kampus Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) sempena Sukan Antara Mahasiswa IPT Zon Selatan 2012. Kali ini Aura Production FC bernaung dengan nama Kolej Atarabangsa Yayasan Melaka. 

Pemergian kali pertama dulu sempena Kejohanan terbuka Melaka kita telah berjaya mendapat tempat ke 3 dari lebih 40 pasukan. Tapi kali ini kita cuma menduduki tempat ketiga kumpulan dengan seri sekali, kalah sekali dan menang sekali.



Bertololak dari KAYM jam 7.45 pagi dan sampai di KUIM sekitar jam 8.45 pagi. Kami menyangkakan sudah agak lewat untuk sesi pendftaran, tapi ternyata sebaliknya apabila si penganjur belum pun membuka kaunter pendaftaran. Malahan setelah  lebih 10 minit kami sampai, barulah penganjur sampai dengan jadual perlawanan.

Semasa sesi taklimat antara pengurus pasukan dan pihak penganjur, KAYM tidak terdapat dalam senarai kumpulan. Ini tidak sepatutnya berlaku sedangkan pengesahan awal telah dilakukan. Oleh kerana itu, maka jadual terpaksa di rombak semula. Berlaku kekalutan sedikit di sini. Kebetulan salah satu pasukan yang akan bertanding masih belum sampai walaupun perlawanan dijangka bermula jam 9.30 pagi.



Terdapat 15 IPTS yang terlibat dengan pertandingan ini iaitu Kolej ALPHA, MMU 1, ALAM 1, ALAM 2, MMU 2, KUIM 1, INSTED, Kolej MARSHAH, MICOST 1, KOLEJ RISDA 1, KOLEJ RISDA 2, STAMFORD, KUIM 2 dan RISDA B.

KAYM ditempatan dalam kumpulan B bersama ALAM 2, MMU 1, KUIM . Keputusan perlawanan peringkat kumpulan adalah seperti berikut :

Perlawanan pertama - ALAM 2 (1) vs KAYM (1)
Perlawanan kedua - MMU 1 (2) vs KAYM (0)
Perlawanan ketiga - KUIM 1 (2) vs KAYM (3)

Satu perkara yang tidak patut berlaku ialah, apabila perlawanan kedua dan tiga yang melibatkan KAYM dilakukan tanpa adanya sesi rehat. Tamat saja perlawanan kedua, pengumuman terus dilakukan untuk KAYM bersiap sedia bagi perlawanan berikut . Peluh masih belum kering, pemain terpaksa masuk semula ke gelanggang. Bantahan dilakukan, tapi penganjur mahu juga meneruskan perlawanan dan para pemain KAYM masih lagi mampu teruskan semangat. Percaturan ini juga memungkinkan tanggapan kami bahawa penganjur hendak mendapatkan kemenangan disebalik kepenatan pemain kami. Ini kerana perlawanan ketiga merupakan perlawanan dengan KUIM sendiri. Alhamdulillah perlawanan tamat dengan kemenangan 3 berbalas 2 kepada pihak kami.


Semasa perlawanan ketiga antara KAYM dan KUIM 1 berlaku sedikit ketegangan antara pemain sendiri dan juga antara provokasi penonton sesama penonton. Saya yang berada di bahagian pintu masuk court agak tekejut dengan salah suatu suara yang cukup lantang dengan perkataan yang tidak patut dikeluarkan oleh para mahasiswa sebuah kolej Unversiti Islam. Antara perkataan yang tidak boleh dilupakan ialah "Kenapa bodoh sangat !!". Lagi terkejut apabila saya menoleh ke suara tersebut, ianya dilontarkan oleh pengarah projek futsal semasa kali pertama bertandang ke KUIM dulu. Habis hilang respect saya kat mamat tu. Itu antara situasi yang berlaku semasa perlawanan. Hal itu berterusan sehinggalah tamat perlawanan apabila pemain keluar dari gelanggang. Ditambah lagi apabila KUIM kalah dengan KAYM sedangkan games sebelumnya diaorang menang dengan MMU.



Ini merupakan bangunan yang terdapat di bahagian bangunan akademik. Saya ambil semasa ke bahagian kewangan untuk membayar yuran penyertaan.







Antara ringkasan lain ialah :

- Tiadanya score board yang diletakkan di luar sepanjang berlangsung perlawanan sehingga pasukan lain tak mampu mengagak keputusan semasa pasukan lain termasuk pasukan sendiri.

- Penganjur lambat sampai.

- Jadual yang bercelaru.

-Provokasi yang terlampau dari penyokong penganjur.

- Yang menarikknya ada pasukan sorak yang menggunakan kompang sebagai pemberi semangat dan memberi sokongan tak kira mana2 pasukan yang sedang bertanding.

- Permainan berlangsung sehingga ke hampir waktu solat Jumaat.





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...