Pengikut

Rabu, 27 Jun 2012

BENGKEL ASAS SOLEKAN : BEAUTY MAKE-UP







Pelajar Jabatan Seni Teater yang mengambil subjek Pengurusan Produksi Seni ART1103 akan menganjurkan Bengkel Asas Solekan : Beauty Make-up yang mana merupakan sebahagian dari proses pemarkahan mereka. Bengkel ini akan diadakan dengan kerjasama GIFFARINE MALAYSIA cawangan Melaka. Giffarine merupakan pengeluar produk kesihatan dan kecantikan yang popular di Thailand dan sedang meningkat naik di Malaysia.


 



selain itu, projek ini juga diadakan bagi memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk mengetahui asas solekan tetapi tidak mampu untuk terlibat dengan bengkel yang dianjurkan oleh pihak luar. Ini kerana yuran penyertaan untuk bengkel ini biasanya melebihi RM100 untuk peringkat asas sahaja.



Antara pengisian bengkel ini ialah :
1- Pengenalan asas solekan
2- Pengenalan peralatan solekan
3- Mengenali jenis kulit dan kesesuaian alat solekan
4- Pembentukan kening dan solekan mata
5- Perbezaan solekan untuk majlis perkahwinan, solekan pentas dan solekan TV.
6- Solekan dan pencahayaan.
7- Demonstrasi solekan cantik.
8- Pendedahan dan input tentang solekan terkini.
9- Praktikal oleh para peserta.

Maklumat bengkel adalah seperti berikut :


Tarikh : 30 Jun 2012
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari ( Modul 1 )
2.00 petang hingga 4.00 petang ( Modul 2 )
Tempat : Studio Tarian/Latihan ICYM
Yuran : RM30 ( Warga ICYM) dan RM50 (Terbuka)





TERHAD UNTUK 20 PESERTA SAHAJA

Peserta yang menyertai bengkel ini akan layak untuk menyertai bengkel solekan kesan khas (effect) yang akan dilangsungkan selepas raya nanti.

Sebarang maklumat dan tempahan tempat boleh diajukan kepada saya di talian SMART (256) atau kepada pelajar terlibat di 011-10780087 (Alin) / 017-9020523 (Ema).



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...