Pengikut

Jumaat, 13 Julai 2012

TINDAKAN SEBELUM LATIHAN TEATER



Ramai yang tidak mengambil berat akan hal ini. Ramai juga yang tidak tahu bahawa latihan teater perlu dimulakan dengan sesi pemanasan badan. Tidak tahu di sini boleh disimpulkan sebagai 'malas'. Malas untuk bergerak dan mengeluarkan peluh.

Sepertimana enjin motorsikal yang kita gunakan setiap pagi, adanya sesi pemanasan enjin perlu dilakukan sebelum bergerak ke sesuatu tempat. Begitu juga dengan seorang pelakon teater. Sesi pemanasan itu perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum pengarah mengambil alih sesi latihan.

Macam mana nak maju kalau minda kita masih lagi berleluasa rasa malas untuk bersenam. Anda diminta untuk jadi pelakon. Kemudian anda akan menjadi bahan perhatian semasa proses persembahan. Penonton nak lihat seseorang pelakon itu tidak lembik. Dengan kata lain penuh dengan energy. Jadi, sesi pemanasan ini penting.

Terdapat 3 peringkat yang harus dilakukan untuk menjadi pelakon teater atau kumpulan teater yang 'ngam' dan penuh energy.

1- SENAMAN FIZIKAL- Ini penting untuk memastikan diri kita sentiasa bersedia untuk melakukan apa jua pergerakan atau arahan yang akan diberikan oleh pengarah nanti. Pemanasan fizikal juga penting untuk mengelakkan kecederaan otot akibat dari si pelakon yang malas bersenam. Kecederaan yang dialami nanti akan menyusahkan orang lain. Jadi bersenam lah ya. Senaman tidak perlu terlalu berat seperti ahli sukan angkat berat. Cukup berdasarkan kemampuan dan keupayaan diri sendiri. Setiap orang ada cara senaman tersendiri. Hal ini juga tidak ada akta senaman seperti akta AUKU dan sebagainya. Jadi bersenam ikut kemampuan. Lebih baik juga dilakukan secara berkumpulan yang mana boleh mengeratkan silaturahim antara ahli dalam produksi.

2- SENAMAN VOKAL - Part ni adakalanya diketepikan oleh orang yang malas bersenam fizikal tadi. Bagi mereka sudah cukup dengan senaman fizikal dalam bahagian satu tadi. Mana cukup bro. tak cukup lagi. Senaman vokal atau sesi pemanasan vokal penting untuk kelancaran suara apabila berdialog nanti. Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk pemansan vokal ini seperti humming, suara getaran, pembelit lidah, buat muka dan bermacam-macam cara lagi. Cara ini berbeza bagi setiap orang atau kumpulan. Adakalanya diolah khas untuk kumpulan itu sahaja. Jadi libatkanlah dengan kumpulan yang berbeza untuk melihat cara yang berbeza. Sebutan yang jelas semasa persembahan juga nanti berpunca dari senaman vokal yang tidak betul atau dibuat secara main-main. Andaikata vokal yang kita keluarkan semasa persembahan tidak didengari secara jelas, betapa ruginya ayat tersebut. Rugi kerana maksud cerita tidak sampai kepada penonton.

3- PERMAINAN TEATER - Yang ni pun biasanya tak dibuat. Tak dibuat oleh orang yang malas la. Games atau permainan ini penting untuk menguji kecekapan dan kepantasan otak menjana sesuatu masalah atau perkara. Selain itu, permainan teater ini juga dapat mengeratkan antara satu sama lain dalam sesebuah produksi. Alangkah eloknya jika seluruh produksi termasuk pelakon dan belakang tabir terlibat dalam permainan teater ini. Terdapat bermacam-macam jenis permainan yang direka. Nak tau, sertailah kumpulan teater yang berdekatan dengan rumah anda atau sertailah mana-mana kursus lakon yang diadakan.

Secara kesimpulannya, semua yang disebutkan di atas adalah penting kepada seseorang yang nak atau mahu bergelar pelakon teater. Malahan untuk penyanyi atau pelakon tv juga perlu melakukan hal yang sama.

Bila dah ada sesi senaman ni semua, kena lah datang awal ke tempat latihan. Jangan nak mengelak. Kalau latihan pukul 8.30, maka paling lewat setengah jam sebelum 8.30 dah terpacak di tempat latihan.

Tapi kalau anda yang jenis rasa anda terlalu hebat sangat, datang la selepas yang lain melakukan senaman. Tapi hebatkah anda kalau disiplin dalam teater yang ni tak dipatuhi.

Nak tau perangai seseorang manusia tentang masa, tengok lah ketepatan masa dia datang latihan teater. Adakah dia awal setengah jam atau jenis yang setengah jam nak abis latihan barulah dia sampai. Anda bagaimana? Diva? Kalau nak jadi diva atau divo, di sini bukan tempat anda.

* Ayat di atas lebih kepada pandangan peribadi penulis sahaja. Lain padang lain belalang. Lain orang, lain belakang parang.

Selamat berteater dari Aura Creative Production

MALAUAZAM

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...