Pengikut

Sabtu, 4 Ogos 2012

BUBUR LAMBUK

Pada 2 Ogos yang lepas telah diadakan program memasak bubur lambuk beramai-ramai dan kemudian dilakukan penyerahan kepada seluruh warga Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. Setiap jabatan dalam KAYM dibahagikan dengan tugas tertentu seperti kumpulan memasak, kumpulan menyediakan peralatan, kumpulan membuat bungkusan, kumpulan potong bawang dan lain-lain.


 Kami di bawah bumbung School of Media Technology and Art (SMART) di tugaskan sebagai kumpulan yang menyampaikan agihan  bubur lambuk kepada semua. Aktiviti agihan bubur lambuk telah dilakukan di hadapan pintu masuk KAYM. Sebanyak lebih 300 bungkusan bubur lambuk diedarkan kepada pensyarah dan kakitangan KAYM semasa keberangkatan pulang mereka.

 




 Agihan bubur lambuk di pintu masuk telah diketuai oleh Ketua Pendaftar iaitu Encik Aminulrashid. Sesi agihan ini bermula jam 4.20 sehingga jam 5.30 petang. Agihan di asrama lelaki dan perempuan telah dilakukan serentak oleh bahagian Hal Eh Wal Pelajar. Keseluruhan bubur lambuk yang siap dibungkus dianggarkan melebihi 2000 bungkusan. Bubur lambuk yang dimasak ini merupakan gabungan sumbangan ikhlas kakitangan KAYM yang telah menyumbangkan sama ada wang ringgit atau dalam bentuk barangan.

SELAMAT BERBUKA PUASA


2 ulasan:

Razlan Ab Razak berkata...

berapa bukuh mung bawok kelik ghumoh??

MALAU berkata...

aku amik sebukuh jah. Tak leh amik abis. Aku tak makan banyak bubur lambuk.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...