Pengikut

Isnin, 13 Ogos 2012

REZEKI TEMPAHAN T-SHIRT

Asalnya design baju yang jenis ni dibuat suka-suka sahaja. Saya buat untuk memeriahkan entry ini. Tak sangka pulak ada beberapa orang suruh buat untuk baju dia. Jadi rezeki masuk lagi di bulan puasa ni. Alhamdulillah. Moga makin dimurahkan lagi rezeki. Dapat la nikah cepat-cepat tanpa buat loan. huhu.










Ada lagi beberapa tempahan dalam proses untuk disiapkan. Sabar ya kepada yang tempah. Sebab bisnes ni saya buat kecik-kecik jer kat umah. Tu pun buat lepas balik dari kerja. Dibantu oleh adik-adik bila diaorang tak ada kelas. Untuk baju-baju ni dibantu oleh noliey. Dia yang tukang buat dan bantu cetak.

Kalau ada saper-saper yang nak tempah tu sila bagitau lah ya. Kalau tempah sekarang, maka sempat la saya siapkan esok dan lusa. Kalau tempah lusa maka dah tak boleh buat. Kena booking baju lagi. Pastu kena siapkan lagi. Lagipun raya ni saya balik awal ke kampung. Ada urusan yang perlu dilakukan. Jadi tempahan yang masuk selepas esok maka akan diambil atau disiapkan lepas raya nanti.

Lupa nak bagitau harga, untuk sehelai baju ni saya cuma ambil RM25. Tu harga tak termasuk pos. Ada beberapa helai baju yang saya bawak balik dan hantar sepanjang perjalanan balik kampung. Jadi jimat kos penghantaran.

Untuk tempahan boleh ajukan ke 010-2496174 atau melalui email malau_77@yahoo.com atau sila ke facebook saya tu.

Selamat Hari Raya.

2 ulasan:

din klang berkata...

Salam encik malau. Sy din klang. Sy cuma nak tau harga kalau saya nak lebih dari 10 helai macam mana. harga sama atau lain harga. Design saya sendiri. Warna cuma ada dua sahaja. Jenis baju roundneck.

MALAU berkata...

Slm kembali. Ada beberapa bentuk printing yang sy ada. Tp kalau untuk 10 helai ke atas sy cadangkan silk skrin. kerana ia lebih murah dan tahan lasak. Apappun En Din boleh email kepada sy design yang nk di buat tu. email ke malau_77@yahoo.com. Nanti saya akan bagitau harga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...