Pengikut

Ahad, 23 September 2012

DIALOG INDUSTRI KANDUNGAN KREATIF CCIG 2012

 Pada 16 September yang lepas, secara tidak sengajanya saya bersama beberapa orang rakan dari KAYM telah mengikuti sesei dialog ini. Dialog untuk orang kreatif. Orang filem, orang animasi, orang teater dan orang kreatif yang lain sepatutnya ikut serta. Program yang murni ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang di FINAS sebelah Zoo Negara.


 Program ini dianjurkan bersama oleh CCIG dan FINAS. Untuk mengetahui apa itu CCIG dan matlamat prgram ini anda boleh tengok berita Sinar Harian di sini.

 Tentatif Program Dialog ini.

Agak mendukacitakan kerana sambutan program yang sepatutnya mengumpulkan orang industri kreatif agak hambar. Tidak ramai penggiat sama ada pelakon, pennerbit, pengarah atau orang belakang tabir yang hadir. yang meramaikan program ialah tetamu jemputan dan pelajar-pelajar IPT yang belajar bidang kreatif ini. 

 Ketua Pengarah FINAS , Encik Mohd Naguib Razak bersama presiden CCIG, Encik Jurey Latiff. (Sumber foto : Sinar Harian)

  Sesi dialog ini yang dimulakan dengan sesi pelancaran atau perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah FINAS iaitu Encik Mohd Naguib Razak. Kemudian di ikuti dengan sesi diaolog bersama jemputan yang hadir. Panel yang terlibat dengan dialog ini antaranya Rosyam Nor, Sofea Jane, Jurey Latiff dan Encik Naguib sendiri. 

Anda boleh tengok video di bawah ini untuk melihat apa yang berlaku dalam sesi tersebut.



Semoga industri kreatif kita terus berkembang dan lebih gemilang. Lihat gambar sekitar program yang saya amik guna handphone berkuasa rendah.
  
 Dalam Studio semasa program berlangsung.

   
 Antara rakan KAYM yang sama-sama mengikuti program ini.

 
 Sempat bergambar dekat depan benda alah ni.


 Nak tahu pandangan artis tentang program ini, anda boleh ke sini :

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/pandangan-artis-terhadap-ccig-1.86696


 SEMOGA INDUSTRI TERUS GEMILANG DAN MENJADI SUMBER UTAMA KEPADA NEGARA DAN PENGGIAT.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sedih bila bt projek xramai yg beri smbtn... mse 1st year pernah join projek aml.. tp xda yg trn tgk pun.. huhuhuh

MALAU berkata...

nur sakura.. itulah. kesabaran yang tinggi dalam buat projek2 sebegini. kadangkala sesetengah projek yang kita buat tu bukan berdasarkan keuntung kepada si pembuat. Adakalanya sukarela. tp sokongan tu amat payah la sikit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...