Pengikut

Isnin, 3 September 2012

4 JAWATAN KOSONG SELEPAS RAYA

 Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 55 tahun.

Di bawah ini adalah perkongsian empat (4) jawatan kosong yang saya dapat dari sesawang berkenaan. Silalah lihat dan layari laman web berkenaan untuk maklumat yang lagi lanjut.

  

JAWATAN KOSONG 1

Iklan Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Awam Untuk Berkhidmat Sebagai Jurulatih Seni Gred 29 Hingga 44 (Jawatan Terbuka) di Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru, Johor dan Sekolah Seni Malaysia Kuching, Sarawak.

Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Awam yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Jurulatih Seni Gred 29 hingga 44  ( Jawatan Terbuka ) di Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching, Sarawak.
Kekosongan adalah untuk mengisi jawatan jurulatih seni bagi bidang :
  • Seni Teater
  • Seni Tari
  • Seni Visual
  • Seni Muzik
Syarat dan kelayakan :
  • Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 29 hingga 44;
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dan disahkan dalam jawatan sekarang;
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan di bidang yang dipohon sekurang-kurangnya 3 tahun;
  • Berumur tidak melebihi daripada 52 tahun pada tarikh iklan ditutup ;
  • Mempunyai minat yang tinggi dan disahkan sihat oleh pegawai perubatan kerajaan.

Faedah
  • Pegawai yang berjaya dipilih ke jawatan Jurulatih Seni Gred 29 hingga 44 akan menerima tiga pergerakan gaji di atas tangga gaji hakiki semasa dalam skim perkhidmatan yang disandang ;
  • Faedah-faedah lain adalah sama seperti yang diterima oleh pegawai perkhidmatan awam.
Tempoh pinjaman adalah selama 2 tahun. Tempoh perkhidmatan boleh dilanjutkan jika pegawai berkenaan menunjukkan prestasi yang cemerlang.
Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing ke :
Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri
( JPN masing-masing )
Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya calon tidak menerima jawapan dalam tempoh dua bulan, maka permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Untuk keterangan lanjut sila layari www.moe.gov.my


JAWATAN KOSONG 2
Ini merupakan jawatan kosong yang ada di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka di tempat saya mengajar. Kalau ada sesiapa yang berminat boleh ajukan dengan membuat permohonan ke situ. Sila layari www.kym.edu.my.
Jawatan : Pegawai Khidmat Pelanggan

Kelayakan : - Mempunyai Diploma Pengurusan Pejabat atau dalam bidang yang berkaitan
                  

Tugas dan Tanggungjawab :
              i. Bertanggungjawab untuk mengendalikan panggilan telefon dari luar yang berurusan
                dengan KAYM.
             ii. Bertanggungjawab untuk melayani pelanggan/ tetamu yang berurusan dengan jabatan.
            iii. Menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan dari masa kesemasa.

Pelajar KAYM yang akan bergraduat digalakan untuk memohon jawatan ini.

Calon yang berminat boleh menghantar resume atau borang ke Jabatan Sumber Manusia.Tarikh tutup permohonan ini adalah pada atau sebelum 14 September 2012.


JAWATAN KOSONG 3

Jawatan : Juruteknik makmal
Kelayakan : Mempunyai Diploma Elektrik /Elektronik
Tugas dan Tanggungnjawab :
   i: Bertanggungjawab membaiki peralatan , menyusun atur dan menyelenggara kelengkapan makmal.
  ii: Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
 iii : Memantau peralatan makmal dan menyelenggara peralatan makmal
 iv : Menjalankan tugas dan tanggungjawab dari masa ke semasa




JAWATAN KOSONG 4

Jawatan : Pembantu Eksekutif (STES/ADC)
Kelayakan : Mempunyai Diploma Pemasaran/Pentadbiran Perniagaan
Tugas dan Tanggungjawab :
    i: Membantu menjana pendapatan dan produk pasaran .
   ii: Membantu menjana strategi pemasaran untuk memenuhi matlamat Kolej.
  iii : Menjalankan tanggungjawab dan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

Calon yang berminat boleh menghantar resume atau borang permohonan ke Jabatan Sumber Manusia Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, No1, Jalan Bukit Sebukor, 75150 Melaka. Tarikh tutup permohonan ini adalah pada atau sebelum 14 September 2012.

2 ulasan:

beat berkata...

akan diunjurkan pada sanak saudara

MALAU berkata...

terima kasih. moga kita dapat sama-sama berkongsi peluang dan ruang kepada sanak saudara dan rakan taulan yang lain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...