Pengikut

Isnin, 10 September 2012

TERBAIK PETA 2012 - ASWARA


Ini ialah jemputan atas jemputan. Pihak ASWARA telah menghantar surat kepada kami untuk menjemput para pelajar saya menyaksikan persembahan. Jadi tidak salah rasanya sebagai sokongan kepada persembahan ini, maka saya membantu untuk mewarwarkan kepada kalian pula. Ilmu yang baik kalau dikongsi maka ianya akan bertambah baik.

PERSEMBAHAN “TERBAIK PETA 2012” ANJURAN AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN ( ASWARA)

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah pun mengadakan peperiksaan Penilaian Tahun Akhir (PeTA) bagi pelajar-pelajar pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang telah berlangsung pada 4 Jun hingga 18 Jun 2012 yang lalu. Sehubungan itu dari kesinambungan tersebut persembahan “Terbaik Peta 2012” yang merangkumi Fakulti Muzik, Fakulti Tari dan Fakulti Teater akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

TARIKH/MASA
PERSEMBAHAN
TEMPAT
TIKET
14 - 15 September@
8.30 malam
Terbaik Peta 2012 -Persembahan Muzik
Panggung Eksperimen

RM10 (dewasa)
RM5   (pelajar)
21 - 22 September@
8.30 malam
Terbaik Peta 2012 -
Persembahan Tari
(Tradisional, China, Ballet dan Silat)

Panggung Eksperimen

RM10 (dewasa)
RM5   (pelajar)
28 - 29 September@
8.30 malam

Terbaik PeTA 2012 – Persembahan Teater
(Trajedi Salmah)

Panggung Eksperimen,

RM10 (dewasa)
RM5   (pelajar)

Sebarang pertanyaan atau pengesahan kehadiran sila hubungi Puan Royah Abd Samad di talian 03-2697 5046.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...