Pengikut

Ahad, 9 September 2012

PEMENTASAN TEATER KECIL : PROJEK 1

Pada 6 September 2012 yang lepas telah diadakan satu pementasan kecil bersempena dengan penilaian Projek 1. Antara subjek yang terlibat ialah Teknik Asas Pengarahan, Teknik Asas Lakon dan Teknologi Pencahayaan. Penilaian ini merupakan penilaian untuk pelajar-pelajar Diploma Teknologi Seni Teater dan Diploma Teknologi Media. 

Objektif pementasan ini adalah untuk memberi ruang kepada para pelajar yang dinilai untuk merasai debaran mengadakan persembahan. Baik dari segi lakonan, pengarahan malahan juga debaran yang dirasai oleh pereka tatacahaya. Kesemua mereka yang dinilai merupakan pelajar pertama kali berada di atas penatas sebagai pelakon, pengarah dan pereka tatacahaya.

dengan menggunakan naskah No Smoking karya Lenny Erwan, para pelajar dinilai dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil. Mereka dikehendaki menyiapkan satu persembahan yang berdurasi tidak melebihi 10 minit.

Untuk pelajar Teknik Asas Lakon, ini merupakan pengajaran dan pengalaman yang amat bermakna kerana mereka bukan sahaja kali pertama menjejakkan kaki di atas pentas sebagai pelakon, tetapi kali pertama terlibat dengan pementasan teater. Sebelum pementasan berlangsung, timbul rasa gugup sehingga ada salah seorang dari mereka tidak mahu menjejakkan kaki di atas pentas. Ada juga yang beria-ia semasa sesi latihan, tetapi tersasul dan lupa dialog semasa berlangsung sesi penilaian tersebut.



Manakala bagi pengarah pula, ini merupakan karya ringkas pertama mereka diterjemahkan di atas pentas. Peluang ini diberi supaya mereka tahu bagaimana hasilnya apabila digabungkan kesemua elemen teater dalam sesebuah persembahan.


Bagi pelajar yang mengambil pencahayaan, akhirnya mereka dapat mengetahui proses awal hingga selesainya persembahan. Mereka tahu bagaimana untuk aplikasikan idea di atas kertas sehinggalah kepada menurunkan balik lampu selepas pementasan.






Diharap para pelajar dapat belajar sesuatu yang menarik walaupun dalam persembahan yang ringkas ini. Jika sebelum persembahan, mungkin mereka agak keliru atau tidak memahami sepenuhnya, diharapkan sebaliknya selepas selesai pementasan. Mereka masih ada laggi satu projek akhir yang mana durasi persembahan lebih panjang. Projek akhir ini dijangka akan dilansungkan pada bulan 10 nanti.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...