Pengikut

Khamis, 27 Februari 2014

KISAH SAHABAT, KIASNYA BERLIPAT



Susahnya nak mula langkah. Terasa berat hati ini untuk tinggalkan hal yang sudah termaktub dalam diari harian. Amar, kawanku seperti biasa senantiasa bersemangat. Hadir awal seperti hari pertama aku jumpa dan kenal dia. Pernah juga aku jadikan dia idola, tapi idola tentang masa saja. Tak salah kan kalau aku buat dia jadi idola aku. Tak la ‘klise’ macam orang lain yang idolanya pemimpin negara tertentu. Yang lagi aku tak suka ialah bilamana ada yang jadikan artis tu idola. Ishh..tak kan la artis yang selalu dihimpit kontroversi tu nak dijadikan idola.

Amar berkemeja purple hari ini. Seperti hari lainnya juga dia akan memakai tali leher yang diikat kemas. Khusyuk dia di mejanya. Menaip sesuatu di komputer pejabat yang beberapa ketika lagi mungkin meletup. Biasalah computer pejabat di sebuah jabatan yang biasa-biasa sahaja. Sesekali Amar sentuh skrin telefon Samsung Galaxynya. Amar seorang yang cool. Tapi jangan dicabar. Pernah sekali tu ada seorang pelajar tanpa sengaja telah menjatuhkan bukunya yang diletakkan di atas meja. Apa lagi, mengamuk lah dia. Membebel hingga habis masa kerja. Ramai orang kata dia cool. Aku juga kata dia seoarang yang cool. Tapi tak ramai yang tahu dia mudah berapi. Terutamanya bila ada ganguan terhadap barangannya.
Aku masih di mejaku. Malas melingkari seluruh jiwaku. Tapi otakku rajin pula menjalar. Memikirkan bermacam-macam hal. Sayangnya, otak dan pergerakanku tak selari. Alangkah bagusnya kalau pergerakanku serajin otakku berfikir. Sesekali aku menyandar di kerusi pejabat. Nasib baik kerusi ni boleh berpusing ke kiri dan kanan. 

Tiba-tiba Anuar datang ke mejaku. "Najib, jom ke cafe!” 

Ahhh!! Kacau betul la Anuar ni. Aku baru je nak berangan tulis cerpen. Tak sampai satu muka surat pun lagi. Tak apa lah. Sekejap lagi aku sambung tulis. Aku biarkan notebook terbuka atas meja pejabat. Moga-moga datang ilham dan kawan-kawannya nanti. Mungkin juga akan ada ‘roh nakal’ yang akan sambung kerja aku. 

:- JO LOCK SAR HANG TAR BOO WAN



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...