Pengikut

Ahad, 9 Mac 2014

BUKAN TAJUK SEBENAR : RAJU MEMBAIKI TIKUS



Hari ni Raju (memang nama sebenar) mundar mandir di sekitar rumahnya. Bunyi tikus yang berlari di celah palang kayu tidak sedikitpun membuatkan hatinya berubah fikiran. Semalam dia dapat sepucuk surat berbentuk cendawan yang diberikan oleh Rathi. Berkali-kali juga dia membaca dan cuba memahami isi surat itu. Namun hati kecilnya mengatakan "tidak" secara berulangkali. Kadangkala berbunyi seperti suara Ramesh yang mengatakan "tidak" dan diikuti lagi "tidak" dan "tidakkkkk".

Raju pernah menghantar SMS kepada Rathi. Tapi itu dulu. SMS itu antara lain berbunyi "Makan sudah belum itu ka?" Tapi tak sangka dengan SMS yang disangka agak manja itu menyebabkan Rathi membalas dengan sepucuk surat. Yang anehnya, jangka masa soalan itu di'reply' mengambil masa hampir dua bulan. Yang bertambah anehnya, Rathi balas pertanyaan SMS itu dengan sepucuk surat. Itulah persoalan yang sering bermain dalam pemikiran Raju.

Raju buntu. Dalam usia yang sudah menjengah 38 perpuluhan 6 tahun itu, banyak pancaroba yang harus dilaluinya. Dulu dia kuat. Sekarang juga dia kuat. Cuma kurang yakin dengan diri sendiri.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki bapanya iaitu Ramu menghampiri pintu biliknya. Jantung Raju bergerak kencang. Seakan ribut di pinggir Air Terjun Lata Rek. Apakah petanda baru yang akan dia dapat? Adakah bapanya juga akan cuba menambahkan api yang sedang marak?

"TAPP!!!". Keadaan gelap gelita. "Hei Raju !. Lampu kasi tutup. Katil kasi tidor. Berapa pukul mau lelap? Esok juga kasi kerja." Laju patah diaolog itu keluar dari mulut bapanya Ramu. Berdesing juga telinga Raju apabila mendengar ucapan yang dilontarkan oleh bapanya dengan penuh semangat. Tangannya terhenti lagi. Terhenti untuk meneruskan ayat dan menaip cerita ini. Perlahan-lahan dia bangun dari kerusi dan menuju ke katilnya. Akhirnya....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...