Pengikut

Selasa, 25 Oktober 2016

PANGGIL SAYA ENCIK LEMAN

Semalam semasa sedang lepak di warung Mak Kiah dekat simpang, tiba tiba ada sebuah kereta besar bertampal logo Alphard berhenti. Semua mata tiba tiba juga beralih ke arah kereta itu. Semua  terdiam. Fokus ke arah badan kereta tersebut. Menanti sesuatu yang akan muncul nanti. Dup dap dap dap berbunyi seakan bunyi nafas seseorang baru keluar dari kolam mandi.

Pintu kereta dibuka. Perlahannnnnnn jer terbuka. Kereta mahal katakan. Semua mata ke arah pintu bergerak. Hanya anak mata yang ikut pergerakan pintu. Kaki dihulur keluar. Kilat dari kasut memancar ke arah mata yang sedang memandang. Ahh.. Sedikit dilarikan anak mata kesan dari pantulan cahaya kasut tersebut. Diikuti lutut. Kemudian paha. Badan dan akhir kepala. Di corong radio THR Gegar berkumandang lagu nyanyian Salem. "Bertahun sudah ku menunggu dirimu, akhirnya kau menjadi milikku, tapi sayanggggg..." Lagu tersebut seakan mengiringi situasi yang tengah berlaku. Seakan akan situasi semasa Kabali lakonan Rajinikanth dalam Filem Kabali keluar dari penjara Sungai Udang.

Zasssss. Si pelaku tu cuba masukkan tangan dalam kocek bajunya. Seakan mengambil sesuatu. Semua yang melihat semakin berdebar. Sedikit badan terkebelakang. Ditariknya keluar. Tersangkut dengan hujung kocek. Ditarikkkkkkk lagi. Zapppp !! Dapat. Vaporizer dikeluarkan. Diletakkan di mulut. Button di tekan. Asap disedut. Fuhhhh...dikeluarkan asap itu seakan awan mendung di sebelah petang. Maka ....

Leman : Assalamualaikum.

Semua : Waalaikumsalam Encik Leman.

Saya : Ingatkan siapa tadi. Rupanya Encik Leman.

Leman : Eh..tak payah la nak berencik encik dengan saya.

Kak Kiah  : Habis tu nak panggil apa?

Leman : Oooo. Saya bukan apa. Kadang kadang tak suka orang panggil macam tu. Takut nanti nampak macam tinggi diri pulak. Walaupun saya ni kerja pegawai, tak semestinya panggil macam tu. Takkan la tak biasa dengan saya. Saya ni pun orang kampung ni juga.

Pak Dollah. Ye la, Habis tu nak panggil apa?

Leman : Emm ..emmm.. tu la. Tak payah la nak berencik encik ya. Cuma panggil saya... panggil saya...  Encik Leman!.

Semua : Errr..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>

FAHAM KE FAHAM?

#Takde #kena #mengena #teater #teatermencariaminah #teaterorangbaik


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...