Pengikut

Sabtu, 12 November 2016

SKETSA TIGA ABDUL (Babak 3)


ARAHAN : SUASANA HIBA. PEMBAHAGIAN HARTA

ADBUL WAHAB :
Mayat Ayahanda selamat dikebumikan. Wahai adindaku Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Kanda memanggil kamu semua kemari ialah untuk membahagikan semua harta. Segala wang tunai yang ada di dalam bank, terpulang kepada adinda Abdul Wahib.

ABDUL WAHIB :
Berapa banyak wang ayahanda tu?

ABDUL WAHAB :
Banyakkkk.. 4 Juta 500 ribu poundd… pound rupiah !!

ABDUL WAHIB :
Empat Juta?? Woww.. Adinda setuju !!

ABDUL WAHAB :
Segala kebun-kebun, ladang-ladang, estet-estet, factory-factory dan kilang-kilang, rumah sewa-rumah sewa, ladang kuda, terpulang kepada kekanda.

ABDUL WAHIB :
Berapa banyak semuanya?

ABDUL WAHAB :
Oo..tidak berapa banyak. Cuma 116 juta pound sterling sahaja.

ABDUL WAHIB :
Adinda setuju. Kekanda memang bijak. Adil.. adil dan saksama. Memang adil. TAk disangka-sangka.

ABDUL WAHAB :
Buat adinda Abdul Wahub, akan diserahkan rumah yang indah, cantik dan permai ini. Mempunyai tiga tingkat. Berada disebuah  taman mewah. Pernah menjadi bualan hangat seketika dulu. Pernah juga ada yang masuk ke sana dan hilang. Iaitu Villa Nabila !!

ABDUL WAHUB :
OOoo.. Villa Nabila ya. Rumah yang macam muzium hantu tu ya. MMmm..keputusan kanda memang adil. Memang bijak. Kanda berdua memperolehi 4 5 6 juta pound sterling tiap2 seorang dan adinda hanya memiliki Villa Nabila ini. MM..memang bagus. INI TIDAK ADIL !!

ABDUL WAHIB :
Kalau nak diturutkan, adinda tidak dapat satu sen pun harta ayahnda.

ABDUL WAHUB :
Sebab??

ABDUL WAHAB :
Kerana Adinda lah yang sebabkan ayahanda meninggal dunia.

ABDUL WAHIB :
Yaa..adinda tau kan ayahanda tidak suka pergi ke Fun Fair. Tapi kenapa adinda sebut juga.

ABDUL WAHUB :
OOOoo..sebut saja pasal Fun Fair, harta semua kena potong ya. MMmm..dinda tak sangka yang kanda berdua mempunyai hati yang sungguh … BUSUK!! Baiklah...kanda boleh amik semua harta ayahanda tu. Tapi ingat, mulai hari ini,kita bertiga putus. Putus!! Phuii !!

ABDUL WAHAB :
Abdul Wahub, jikalau adinda tidak inginkan Villa Nabila, kanda akan buang daerah Khadam ini.

ABDUL WAHUB :
Wahai Khadam, mulai hari ini, Villa Nabila ini menjadi milik kamu. Buatlah apa sahaja yang kamu suka.

KHADAM :
Tuan hamba, keputusan yang macam ni tidak adil untuk hamba!

ABDUL WAHUB :
Diam !! Kamu Cuma seorang khadam sahaja.

KHADAM :
Jikalau begitu, izinkan hamba bergembira atas kurnian ini.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...