Pengikut

Isnin, 21 April 2008

Esok Di KL

Esok iaitu Isnin, 21 April, saya akan ke KL sekali lagi. kali ini, perjalanan akan ke sana sebagai krew untuk persembahan teater Patung Kertas. Persembahan ini yang akan berlangsung dari 25 hingga 30 April, akan dipersembahkan di Panggung MATIC.


Petang tadi saya sudah mengepos kapcai buruk saya untuk dihantar ke Kl. Dihantar melalui Pos KTMB, dengan bayaran RM101.10. Bukan apa, saya tak nak menyusahkan kawan saya di KL (wan n Faiz) untuk menghantar dan menjemput saya. Diaorang lagi banyak hal yang perlu dilakukan. 1 Mei nanti, saya akan mengepos kembali ke kampung. Ini semua saya lakukan demi minat saya kepada teater. Saya rindu kepada teater sebenarnya. Rindu untuk berPRODUKSI.



------------------------------------Semalam---------------------------------------------------


Saya kurang minat ngan Akademi fantasia. Tapi kalau Mawi atau Faizal Af tu saya knal gak ler. Tak knal, nanti orang kata x ikut pkembangan sangat plak. masa dok KL dulu, masa untuk ngadap TV x ader. Lagipun talian Astro kat umah tak sampai (umah saya kat PJ) sebab.... sebab x pasang laaa..


Tapi sekarang ni, saya banyak masa dok kat kg. Bukan banyak masa tengok Tv, tapi banyak masa tak dok di KL. So, dengan kata keramat yang lain, bahawasanya saya sempat la tengok AF. AF 6 musim ni, saya perhatikan takder yang gempak sangat. mungkin saya tak fanatik kot....

tapi saya tertarik untuk tengok sebab kalau siaran AF, saya terpaksa join adik2 saya tengok gak. Diaorang tak tengok cenel lain. Layan je la. Konsert 1 saya tak tengok. Saya terus ke konsert 3. Tak tau nape, saya rasa tertarik ler plak. Pelajar yang saya ingat, Nadia, Riz, Stanley, Saida, Rina, Stacy, Nubhan, Naim, ....yang lain, was-was skit.


KONSERT AF6 MINGGU ke5.- Minggu ni Saida keluar. Alamak, frust ler jugak saya. Saya harap dia tak kuar, tapi saya dapat jangka dia akan kuar. Harapan saje tak jadi...

Saida menurut ramai peminat AF, sepanjang konsert ke5, dia berada pada tahap statik. adakalanya terumbang ambing. tidak banyak perubahan yang dilakukan.



Lagu yang dibawakan oleh Saida pada malam itu, tidak menyengat. bukan lagu, tapi penyampaian yang di bawa oleh Saida. pada saya, pembawaannya, tidak bersungguh2. Saida masih mengekalkan keayuannya semasa menyanyikan lagu tersebut. Dia ada feel, tapi feel tersebut tidak sampai kepada penonton. (Ewahhh..komen macam teater plak). Tak tau nape, saya tak nak saida keluar. Saya sokong secara senyap kat dia. tapi bukan sebab dia kakak CT tau...


Pelajar lain yang saya suka n sokong gak ialah Nadia, Stacy n Riz. Riz berbanding minggu sebelumnya, semalam dia buat satu kelainan. Jauh dari dirinya yang bernama Riz. Bercakap, pasal lagu yang dinyanyikan oleh Riz iaitu dari kumpulan MUSE, saya ader sejarah tentang lagu ni.



Lagu Muse ini pernah mengetuk hati saya. Seorang wanita pernah menghadiahkan saya lirik lagu tersebut yang ditulis di atas kertas kuning, dihiasi dengan gambar kartun jiwang dan disertakan dua dialog tambahan yang menyentuh hati saya. Sehingga sekarang, saya masih menyimpan kertas tersebut. Bersama sekeping surat luahan hati. Dengar cerita dia akan melangsungkan perkahwinan. tahniah. Semoga berbagia. Maaf kalau saya ader buat salah.


DESIGN BY MALAU :

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ohh 21 datang sini ek.
ohh suka Saida ekkk??? Eloklah dia keluar, kesian kat anak anak dia dok tengok mak dia kat tv je ...

Tanpa Nama berkata...

besok sampai sana. bukan suka saida. Sukan je. Alaaa..sukan yang macam futsal tu...hoho.

Tak salah suka seseorang kan...ke bdosa...

Tak sempat la nak buat poster besar2 tu. dreber bas tak kasi buat naik atas bas. nak muat tempat dudk katanya. Nantiler tempah flight...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...