PART I
(p/s : photo tidak dapat disertakan kerana kehabisan dakwat)
Show patung kertas baru je abis persembahan 30 hb April lalu. Dengan itu tugasan saya sebagai krew pun berakhir. Banyak benda baru yang dapat saya perolehi sepanjang lebih kurang 10 hari sebagai krew dalam produksi arahan En. Lokman Ghani ini. Ada yang OK dan banyak juga yang tak OK. Apapun bayaran OK. hohoo....
Pasal show ni :
1- Sinopsis
Bagi saya ianya sebuah cerita yang simple dan berkemungkinan juga bagi sesetengah penonton, cerita yang tak der cerita. Saya ader terdengar rungutan dari kawan saya iaitu seorang yang aktif dan belajar teater, menurutnya cerita dalam Patung Kertas tiada fokus. Siapa yang diangkat dalam cerita ini.
(p/s : photo tidak dapat disertakan kerana kehabisan dakwat)
Show patung kertas baru je abis persembahan 30 hb April lalu. Dengan itu tugasan saya sebagai krew pun berakhir. Banyak benda baru yang dapat saya perolehi sepanjang lebih kurang 10 hari sebagai krew dalam produksi arahan En. Lokman Ghani ini. Ada yang OK dan banyak juga yang tak OK. Apapun bayaran OK. hohoo....
Pasal show ni :
1- Sinopsis
Bagi saya ianya sebuah cerita yang simple dan berkemungkinan juga bagi sesetengah penonton, cerita yang tak der cerita. Saya ader terdengar rungutan dari kawan saya iaitu seorang yang aktif dan belajar teater, menurutnya cerita dalam Patung Kertas tiada fokus. Siapa yang diangkat dalam cerita ini.
Baiklah, sebelum kita terus ke peringkat yang tertinggi dalam percakapan sinopsis ini, saya cerita serba sedikit cerita yang saya faham sebagai seorang krew. (p/s : ingat, krew menonton teater hanya dari side wing. Bukannya di hadapan seperti penonton biasa).
Begini ceritanya, ianya dimulakan dengan kedatangan Adik Chu (Asraff Muslim) yang datang ke KL setelah membawa hati yang lara dan ntah apa lagi yang seangkatan dengannya. Kat kg dia tak mendapat kasih sayang yang mencukupi sama ada dari abangnya atau orang sekeliling. Sebabnya...ader yang tak dapat menerima dirinya yang lembut.
Setelah merajuk membawa hati, Adik Chu datang ke Kl untuk berjumpa dengan Abang Long (Datuk Jalal) yang dijangka dapat menggembirakanya dan menjadikan dirinya seperti yang diingininya.
Maka diapun sampai ler di KL. Di sambut oleh Abang Long yang nama pondannya Kak K or Kay. Kemudiannya diperkenalkan kepada Adik Wan (Along Fariz). Permulaan di KL, bermacam benda yang terjadi kepada pondan Adik Chu ini. Dimarahi oleh geng nyah yang lain, hampir2 ditangkap polis(Malau-sempat ler saya jadi polis kejap).
Selepas itu, muncul pula scene warung. di mana Tempat Abang Yus (Ebby Yus) berniaga nasi lemak dan goreng2. Abang Yus ader sorang sepupu yang bernama (Suhana /Kak Sue). Kak Sue ni plak ader sorang anak yang bernama Syafik yang berpenyakit jantung berlubang. (selingan- ader satu malam, Tini 3R yang menjadi pengacara tersalah sebut. dia kata "lubang berjantung")
Lepas tu, tup..tap..tup..tap..maka secara tak disengajakan Abang Long ni ter..ketemu la dengan Suhana ni. Rupanya mereka berdua ni ader kisah silam. Mereka pernah bercinta. Kemudian berpisah atas sebab masalah teknikal.
And then, Abang Long yang mengetahui Syafik ader jantung berlubang, telah mengajak rakan-rakan pondan se-Malaya untuk cari dana. Bermesyuarat le mereka sambil menyanyi. Keputusan diperolehi iaitu dengan mengadakan persembahan patung kertas atau dalam bahasa Minah salleh Paper Dolls.
Akhirnya mereka berjaya buat show. Menyanyi ler mereka2 yang terpilih dengan pakaian penuh glamour mengalahkan diva dunia.
Malas nak citer sinopsis ni panjang2. Saya terus ke ending cerita ek..
Ending nya adalah Abang Long dan Suhana kembali bersatu dan berjanji untuk berkahwin. Yeeeaaaa dah abis punnnn....
Pastu curtain call.
Sekian untuk sinopsis.
Untuk PART II nanti saya akan ceritakan hal lain plak.
Pasal :
- Kostum mengalahkan ratu cantik dunia dan planet.
- Plakon blagak jadi diva.
- 1st time blakon tapi poyo macam 40 kali blakon.
- Krew adalah Krew!!!
- Depan ok, belakang kecoh.
- Disiplin teater ntah ke mana!!!
- Set mantap tapi ..alamak!!!
- Alahai P.O.N.D.A.N!!!
- Semangat teater yang tinggi..tapi!!!
- Yang Ok dan TAK OK!!
So, kepada kengkawan yang nak tau berkenaan di atas, bleh ler mencadangkan kepada saya mana yang harus didahulukan. Atau ader sebarang pertanyaan lain. Akan saya coretkan setakat yang mampu.
Kalau tak der, maka saya tak akan meneruskan ke part II.
2 ulasan:
Sokong ... sokong ..... mulakan dengan yang tajuk ALAHAI P.O.N.D.A.N tu wakakakkakakkk ....
ala malau tak sempat kite jumpa ya. Kak Lenny dgn abg Hamid Chan datang malam last. Malam sebelumnya kitorang mintak tolong Rime book tiket, nak beli. Tapi Rime yg baik hati tu offer nak bagi kad jemputan. Ok laa.. sekali kitorang datang dgn pakaian yg taklah secantik pondan kat poster tu. Masuk awal bukan main, mengalahkan VIP sekali tak ada tempat duduk. FOH tu suruh tunggu, 5 minit lagi dia kata sabar. Kak Lenny kata kenapa tak ada seat? Dia kata semua dah penuh tiket sold out. Lepas tu I pun kata, ye laa kalau sold out pun kalau you all dah publish kad jemputan mesti ada tempat duduk utk kad jemputan. Kalau tak buat apa ada kad jemputan? Dia diam aje, nampak dia dah gelabah so kak lenny pun kesian so I tutup mulut laa. Dia kata sorry kak, sorry kak nanti saya arrange seat. Sekali dah berbelas minit tunggu, Hamid Chan dah start melaser, "Sampai bila kami nak berdiri sini? Ingat kami ni apa?" O ou ... i smell angryyyyy ..... show dah mula dah waktu tu, ada seat kosong kat belakang dan kita orang masih tak boleh duduk, dgn ramaaaaaaaaaaiiii lagi penonton masih berdiri, so sebelum ada pondan lain buat drama kat situ baik i bawa dia keluar hihihihi ... so kitorang keluar pi lepak kat Old Town Kopitiam di Jalan Yap Kwan Seng. Mengumpattttttt pondannnnn laaa ... so kak lenny berharap review engkau je lah biarpun dari side wing. Nak mengulas tak boleh sebab tak tengok.
Sekian.
Baca ulasan saa ek.. Tapi sy x brani nak ulas lebih2. maklumlah saya orang baru. tapi saya akan ulas sebagai saya penonton biasa je...
Kepada abang Amid jangan marah2, nanti cepat sakit janung..hoho..
Catat Ulasan