Pengikut

Jumaat, 16 Mei 2008

NAK KAWIN PUNYA PASAL

berita ini telah dilaporkan di akhbar Utusan Malaysia pada 18 Disember 2005 yang lalu.
==========================================
Hayatilah kisah benar ini.

DITUDUH GUNA WANG PALSU BAYAR MAS KAHWIN

Oleh Yulpisman Asli

Kxxx xxxxx 18 Dis. - Seorang mekanik dituduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menggunakan wang palsu sebanyak RM8,000 sebagai wang hantaran mas kahwin kepada Axxxxi xxxxxx , 23, pada 11 Disember lalu. Tertuduh, Mohd. Axxx xxxxx, 37, berasal dari Taman Kinrara, Puchong, Selangor didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Kubang Batang, Wakaf Bharu, Tumpat kira-kira pukul 4 petang. ...Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah menggunakan wang palsu RM8,000 iaitu not RM100 sebanyak 80 keping sebagai wang hantaran mas kahwin kepada Axxxxx. Dengan itu, tertuduh melakukan kesalahan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda. Tertuduh ditangkap pada malam 11 Disember lalu setelah pihak keluarga pengantin perempuan membuat laporan polis. Mengikut laporan, penipuan itu disedari oleh bapa saudara pengantin perempuan ketika mengira wang hantaran selepas majlis akad nikah oleh imam Masjid Kubang Batang pada hari sama. Kejadian itu menyebabkan keluarga wanita berkenaan terkejut apabila mendapati semua wang kertas RM100 itu yang dimasukkan dalam sebuah album gambar hanya mempunyai cetakan bahagian hadapan, sementara belakangnya kertas putih. Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat manakala imam masjid yang menikahkan pasangan berkenaan menghubungi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk mendapatkan pengesahan kedudukan perkahwinan tersebut. Imam berkenaan kemudian dimaklumkan pernikahan pasangan itu adalah sah mengikut hukum syarak. Bagaimanapun, pengantin lelaki dianggap berhutang dengan pengantin perempuan.
=======================================

Apa yang terbayang di pikiran anda saat membaca berita ini. Nak ketawa, tersenyum sorang-sorang, simpati, atau marah yang amat.
Jadi..fikir-fikirkanlah... dan renung-renungkanlah...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pendapat i adalah, betapa bodohnya mekanik itu kerana mencetak muka hadapan aje. Cetaklah kedua-dua belah sekali ... mesti selamat punya ...

Tanpa Nama berkata...

memang dia nak cetak dua2 belah. tapi design sebelah agir pecah. rosak. pastu dakwat warna hijau n biru dah abis sebab banyak guna untuk wat poster pas n bn ari tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...