Pengikut

Khamis, 8 Mei 2008

Sambungan Alahai PONDAN dan PART III

Sambungan Alahai PONDAN.

Bekerja dengan gologan ini, anda merasakan bekerja dengan golongan diva. Diva yang di ciptakan oleh mereka sendiri. Dari segi penampilan semasa persembahan, anda yang menonton tentu akan bercakap di dalam hati, atau bersama rakan lain dengan ayat berikut “wow, malatop” Fuuyoo, hebatnya kostum diaorang”, “mengalahkan perempuan tulen”: dan beberapa ayat yang korang sendiri akan merasainya.

Bagi saya sendiri pun, pakaian pondan tulen dan pondan tak tulen pada setiap malam persembahan, ternyata meletop. Yang paling meletop adalah pada scene prolog iaitu permulaan cerita dan pada scene Paper Doll di mana scene mereka membuat persembahan untuk mengutip dana. Sepanjang enam hari persembahan dan tambahan semasa press preview, saya dihidangkan dengan berpasang-pasang pakaian yang menakjubkan. Memang meletop dan membuatkan perempuan tulen akan jeles dengan penampilan mereka.

Ada seorang atau dua orang pelakon yang ingin saya menarik perhatian anda tentang kostum. Bayangkan sepanjang 6 hari show mereka memakai pakaian berlainan. (tidak semua pelakon…). Itu takpe lagi, dalam setiap scene yang mereka keluar, sudah tentulah pakian berlainan. Cuba tinggikan lagi bayangan anda, kalau 6 hari di darabkan dengan 4 atau 5 scene yang mereka keluar. Jadi berbelas-belas atau berpuluh-puluh kostum yang sorang pelakon ni gunakan untuk sepanjang show Patung Kertas dari 25 hingga 30 April ini. Wow menarikkan?? Atau dalam Bahasa Inggeris adalah …Interesting!!!

Jadi korang jagan jeles tentang pakaian atau kostum mereka. Sebab mereka yang menguruskan hal-hal mekap dan kostum. Kostum pun adalah koleksi mereka sendiri. Jadi tidak hairanlah jika mereka ingin memperagakan koleksi pakaian nyah mereka. Sebenarnya mereka mempunyai beratus-ratus koleksi pakaian sebegini yang memang glamour tahap giler-giler. Ini salah satau skop atau cabang hidup golongan Paper Dolls.

Untuk pengetahuan bagi mereka yang tak berpegetahuan dalam hal ini, kumpulan nyah/ pondan yang ditampilakan dalam teater Patung Kertas ini adalah dari Ika Fancy group. Untuk lebih pengetahuan anda, baca copy paste yang saya ambil dari buku program tentang kumpulan ini. Sambil2 tu nak buat promosi untuk diaorang..hihi…

IKA FANCY GROUP
Kostum dan mekap

IKA Fancy Group ditubuhkan pada tahun 1991 dengan namanya diberikan oleh editor hiburan popular, Mama Juwie. Ia ditubuhkan khas untuk golongan Paper Dolls di Malaysia. Memulakan kerjaya persembhan pentas sejak lebih dari 20 tahun lalu sehigglah nama kumpulan ini makin dikenali ramai atas sokongan serta permintaan bagi pertunjukan Paper Dolls ini.
Kumpulan ini juga turut mempunyi pelbagai perkhidmatn ekslusif antaranya wedding planner, dinner show, birthday party, masquarate party dan lain-lainnya. Memiliki butik untuk menyediakan kostum yang pelbagai konsep bersesuaian dengan perkhidmatan yang diadakan.
IKA Fancy Group kini telah mempunyai lebih dari 1000 orang ahli sepenuh masa dan separuh masa. Nama mereka tidak asing lagi di serat dunia apabila sering mendapat jemputan khas bagi mengadakan persembahan Paper Dolls seperti di Hong Kong, Jakarta, Thailand, Singapura, Vietnam, China, Pakistan dan Eropah.

Tambahan dari malau Fancy group…mereka tidak menyediakan perkhidmatan doa selamat, bacaan yassin, tahlil atau doa tak selamat. Majlis bercukur dan majlis maulidur rasul juga tidak disediakan.

-Jadi tuan-tuan dan puan-puan, mereka berkata mereka tidak menganggu orang lain dan ikhlas melakukan semua ini kerana ketentuan Allah. Mereka bersyukur. Marilah sama-sama kita renungkan dan fakir-fikirkanlah.

Tapi ingat mereka juga manusia macam kita yang ada akal, fikiran dan agama. Mereka juga ada perasaan Mereka juga adakalanya alpa dan mudah terpengaruh dengan hal duniawi. Macam manusia lain juga. Adakalanya juga mereka perlukn bimbingan dan hidayah macvam orang lin jugak. MEREKA PUN MAKHLUK ALLAH.


Part iii

LAIN-LAIN PASAL TEATER PATUNG KERTAS.

Lakonan
Pada saya, lakonan dalam teater ini berada di tahap ok laaaa… dan boleh laa.
Datuk Jalaludin Hasan yang memegang watak Abang Long atau Kak kay semacam ada kekurangan. Sepatutnya, lebih lagi yang saya rasa dia dapat lakukan. Bukan di tahap itu yang septutnya dilakonkan oleh beliau. Mungkin kerana kesibukan carma di sana sini sehingga tiada masa untuk mengkaji dan membentuk karektor. Saya berkata demikian kerana Datuk Jalal seorang pelakon lama. Sudah berpuluh dan beratus drama yang dilakonkan. Berpuluh teater dan bermacam duta yang melibatkan dirinya. Jadi harapan kepada Datuk jalal adalah tinggi. Saya yakin beliau dapat melakukan lebih dari itu.

Asyraff Muslim dan Along Fariz berada di tahap OK dan boleh diasah lagi. Satu percubaan berani oleh mereka. Mereka di dunia reaeliti adalah lelaki macho. Terpaksa membawa watak Paper Dolls di pentas teater ni. Syabas buat mereka. Pembawaan watak yang adakalanya tenggelam timbul dari segi penghayatan. Kelembutan yang menjadi dan boleh dibanggakan.diharap terus success dalam bidang ini dan tidak menyamakan antara medium lakonan tv dan teater. Mereka sendiri yang tu mana yang senang dan mana yang susah.

Satu scene turut menampilkan lakonan En. Rosnan Rahman. Dalam scene ini, beliau keluar sebagai primadona Mak yong yang dipinggirkan. Menjadi dan memang menggamatkan. Beliu berjaya menguasai bukan saja pentas tapi seluruh panggung MATIC pada setiap malam persembahan. Penonton ketawa tanpa henti dengan lawak yang adakalanya sangat spontan. Saya rasa, kalau ditanya kepada penonton, scene mana yang tidak boleh dilupakan oleh mereka, mungkin ini menjadi salah satu pilihan penonton. Inilah babak teater sebenar yang saya boleh panggil teater dalam keseluruhan Teater ini. Kenapa? Ntahlah…itu aura yang saya rasa sebagai orang baru 5 tahun kenal teater. Yang lain.??

Saya pernah mengikuti beberapa persembaan En. Rosnan sebelum ini. Kebiasaan watak yang dibawanya juga adalah pasal Mak Yong. Jadi bagi mereka yang pernah mngikuti persembahan beliau, tidak banyak yang boleh dibanggakan. Beliau mebuat sesuatu yang biasa dibuat oleh beliau. Saya mengharapkan yang lain dari En. Rosnan. Tapi saya tetap respect kat beliau kerana keberjayaannya sebagai pelakon teater yag disegani.

Ebby Yuss sebagai Abang Yus. Dalam teater ini dia membawakan dirinya sendiri, Ebby Yuss. So, siapa yang tak kenal dengan beliau. Scene Paper Doll ang menampilkan Ebby Yuss dalam kostum nyah membuatkan panggung gamat seketika. Ditambah lagi dengan gelek sambil menyanyikan lagu KOPI DANGDUT. Ebby Yuss, saya tak nak cakap pasal persembahanny di atas pentas, tetapi sikapnya di belakang pentas.

Ebby Yuss seorang pelakon yang dikenali semua.. Siapa yang tak kenal dengan nama tersebut. Sering membawakan watak komedi dan pada awal pembabitnnya sebagai watak antogonis atau penjahat.Di belakang pentas sepanjang bekerja dengnnya sepanjang 1 hari, beliau seorang yang low profile dan baik. Boleh berkawan dan bergaul dengan siapa saja. Sama ada dengan krew sekalipun. Bila diajak berborak, beliau berbnorak seperti rakan atau abang yang dah lama kenal. Tidak sombong dan tidak kedekut. Ader saja buah tangan yang dibawanya untuk dimakan oleh orang lain sebelum persembahan.,

PART IV

PENUTUP
Yang saya tak puas hati, ader pelakon yang baru pertama kali menjejakkan kaki di pentas teater berlagak nak mampos. Siapa…sendiri-sendiri ler terasa. Mentang-mentang kami krew, menganggap kami krew. Tapi sebenarnya memang kami krew. Tak payah ler nak mengiyakan lagi yang kami ni krew. Dah ler muncul dalam patung kertas nak cari glamour tapi sedar ler ruang skit. Kerja produksi adalah kerja satu team. Bukan kerja dalam tin. Kena respect semua part. Baru ler orang nak respect ngan kiter. Lain kali orang panggiol lagi wat show. Anda gak yang dapat rezeki. Ader satu kes, bila kami panggil sang pelakon ala Diva ni untuk stand by, tengok semacam je kat yang memanggilnya.

Saya orang baru dalam dunia seni ni. 5 tahun dan menginjak ke 6 tahun. Dah lebih 30 produksi yang saya join, dalam U, luar U, dalam KL, luar KL, dalam Malaysia, luar Malaysia. Dalam pelbagai dan bermacam port. Saya jadi tukang sapu, tukang angkat air, tukang angkat set, tukang jaga n buat prop, saya pernah jadi pelakon tambahan, pelakon utama dan pak pacak. Saya pernah jadi penari untuk show kedai Telekom, menari di Thailand, Kemboja, untuk wakil kolej dan buat pergerakan fizikal dalam teater, bersilat untuk pelancaran, saya pernah jadi backup singer ala kadar kat AJL, join koir show kat Genting highland. Pernah buat pengurusan dalam persembahan teater. Saya pernah jadi pengurus pentas, pengurus set dan prop, pengurus tatacahaya, pembantu tatacahaya, angkat lighting. Pernah jadi extra TV, pernah buat kontiniti untuk drama episode RTM dan bermacam lagi kerja yang di luar bidang seni. Pernah jadi cashier, pernah jadi juru survey di tepi highway dan shopping, pernah duduk di kerusi Majlis Perwakilan Pelajar, pernah pegang jawatan AJK kelab dan persatuan, pernah menang anugerah. Saya pernah dimarah, diherdik, hampir dipenampar, pernah nak tampar orang mulut bacul, pernah dipuja, pernah gembira, pernah sedih, pernah putus asa dan pernah macam-macam yang orang lain rasa gak.
Sebenarnya bukan pasal saya buat kerje macam-macam yang nak diceritakan, tapi nak bagitau yang saya dah pernah merasa semua port. Tau susah senang kerja setiap bahagian. Jadi kita kena saling hormat menghormati antara satu sama lain. Di Malaysia ni, kita akan jumpa muka sama gak dalam bidang ni. So…hormat, respect, respond danpikir2 ler sendiri.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

malau, kak lenny pun nak tumpang glamor citer pasal my experience jadi krew. Tahun 99, i waktu tu krew kepada satu teater yg ada Raja Azura. I sebut nama ni sebab dia ni baik. Dia waktu tu tengah meletop letop so kak len kena jaga dia. Scene dia satu aje tapi penting sebab dia penampilan khas. Scene dia kat tengah-tengah, kira2 satu jam lepas teater start. Tapi dia dah standby awal, pakai kostum, make-up and duduk diam-diam kat belakang. Cari watak kot. Bila turn dia, kak lenny panggil, dengan hormatnya dia kata "oh .. okey, jom". Dia ikut kak lenny sampai sidewing dan bila kak lenny kata go, dia terus masuk tanpa jeling-jeling, tanpa banyak soal. And lepas show dia cari kita dan ucapkan terima kasih. Utk seorang krew waktu tu, memang best giler pelakon top jumpa kita ucap terima kasih.

Kedua, nak citer pasal Ahmad Yatim. Waktu tu kak lenny jadi SM utk salah satu teater dia berlakon. Dia ni otai gile dlm teater msia, waktu show k.len jaga cue kat tech room dengan si jaa jaga kat sidewing. Mlm tu k.len bagi cue salah, jaa pun terus cue kat ahmad yatim, ahmad yatim tau cue tu salah, tapi sebab dia seorang PELAKON PROFESIONAL, dia ikut saja cakap SM. Habis satu scene kak len skip, memang salah k.lenny. Habis show k.len jumpa ahmad yatim dan minta maaf tak ingat dunia. Tapi orang tua tu boleh cool nak mampus, dia kata tak apalah, tak apalah benda dah jadi. Makkk, aku maluuu, tapi dalam masa yg sama kak len respect sebab dia ikut cakap SM. Tak macam kebanyakan pelakon skrg, berlakon macam hampeh pun ada hati nak mendiva.

Ketiga pasal seorang pelakon wanita ni, tak sebut nama sebab nak kutuk. Dia tak hafal dialog, so dia suruh kak lenny prompt dia waktu show. Bila k.len prompt mlm show pertama kat sidewing rupanya dia lagi lupa sebab bergantung sepenuhnya dgn kak len. Dia malu tau, tapi waktu briefing dia salahkan kak len, dia kata "saya lupa sebab tengok muka si marlenny ni hah"... waaaa ... nak nangis waktu tu. Lepas tu perangai dia bila kita suruh standby, dia kata "aku taulah cue aku sendiri, aku pelakon!!!" waaaaaaaaa ....... hampeh punya diva!!!

Jadi, thats why skrg bila kak lenny bekerja di pentas, kak lenny akan hormat pertama SM, kedua KREW kerana tanpa mereka produksi takkan berjaya. Dan jangan lupa ucapkan terima kasih kpd semua orang di belakang pentas, sebagai tanda anda berhati mulia.

bye, hah kan dah jadi blog aku .... wakakkakakakakkkk

Tanpa Nama berkata...

hai kak len..ingat sejarah lama ker..i tahu pelakon yang you taknak sebut nama tu..tapi kalau i salah..tak tahu lah...

MALAU berkata...

Senang n sronoknya dapat keje ngan orang yang macam Raja Azura dan Ahmad Yatim tu. Keje lagi bertambah cemerlang. Itulah lebihnya orang yang naik dari bawah. Diaorang panjat tangga demi tangga. Naik ngan tangga, turun bleh pilih sama ada tangga atau lift. Kalu lift cepat skit.
Tapi kalu yang muda dan ader rupa skit, mereka suka guna lift. Cepat sampai ke tingat 38. Bila turun pun guna lift gak. Tu yang cepat hancur tu. Lift mudah rosak.

Pilihlah saudara saudari, nak guna lift ke tangga. Tapi kalu bujak guna lift takpela.

Tanpa Nama berkata...

Malau,akak suka entri ni.

Kak Len dan Jaa,boleh tak saya nak quote Rohaizad Suaidi ''you want to show off,show off in your exam paper...'' Exam paper bkn orang so takde sape terasa.Tapi kita yg dapat the rewards akhirnya.Apa2 pun yg kita nak show off dan mendiva ni,jgn melibatkan org.Boleh gitu?Relevan tak?Haha!

Baru2 ni saya tgk DVD Abang,lakonan Cikgu Mad Yatim.Meleleh wa cakap luuu!Memang lazat lakonannnya.Tak sangka yg dia pernah jd guru kita.Masa dinner raikan En.Zek as sea write awardee tahun 2001,Cikgu Mad ada.Masa ambil gambar dgn dia,Tiara Jacquelina tanya 'siapa yg you peluk tu?'Dia jawab 'anak murid...'.

Iskh iskh!Terharu!Itulah namanya seniman besar!Ingat tuan-tuan...bak kata Sherry Lily...kalau nak berlagak pilihlah medium yg betul!

Tanpa Nama berkata...

Allo Kak Rai. Tq sebab suka ngan entri ni. Amikler wat balik kat umah. Tampal kat pintu pagar jiran...hihihihihi...

Hidup mengajar untuk kita hidup...
Ader cikgu plak yang mengajar kemahiran hidup...

So..pandai-pandai ler nak iduppppppp............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...