Pengikut

Ahad, 24 Ogos 2008

Kawasan Peranginan Jadi Tumpuan





Dulu aku pernah citerkan kat korang perihal Lata Rek ni kan? lihat sini untuk pos lama. Semasa aku membelek-belek sinar Harian -Edisi Kelantan online, aku terjumpa plak satu artikel pasal Lata Rek. Jadi aku nak kongsi ngan korang.







(Aku Petik dari sinar Harian -Edisi Kelantan) klik sini





KUALA KRAI – Setiap kali musim cuti sekolah penduduk tidak kira di negeri mana sekali pun akan menggunakan kesempatan ini untuk bercuti, termasuk beberapa kawasan peranginan di daerah ini yang mula dibanjiri pengunjung sejak awal minggu lalu.
Kawasan peranginan seperti Lata Rek, Lata Beringin dan Gua Ikan menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negeri Kelantan. Menurut salah seorang pengunjung Lata Rek, Mahadi Ismail, 46, dari Kuala Lumpur, dia singgah ke Lata Rek sementelah dalam perjalanan pulang bercuti di kampungnya di Bachok. Katanya, kesempatan cuti sekolah begini memang tidak perlu dilepaskan pengunjung bukan penduduk tempatan seperti mereka. “Tidak rugi andainya kami singgah dan sama menikmati keindahan alam yang masih tidak terjejas di negeri ini. “Walaupun tidak banyak kemudahan yang tersedia, tetapi keadaan di sini masih tidak tercemar dan amat sesuai untuk perkelahan santai bersama keluarga, tambahan pula lokasinya amat strategik kerana terletak di pertenga-han perjalanan kami pulang ke kampung,” ujarnya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung, Aminudin Hanafi, 39, berkata, walaupun lokasi percutian di negeri ini tidak banyak, tetapi tempat yang ada dapat dinaik taraf untuk menarik lebih ramai pengunjung dan menyumbang kepada ekonomi negeri ini. Selain itu, katanya, umum mengetahui bahawa sektor pelancongan di negeri ini masih agak ketinggalan berbanding negeri lain, tetapi itu tidak bererti ia tidak dapat dimajukan lagi. Menurut Aminudin, masih banyak yang dapat dipertingkatkan sektor pelancongan di negeri ini dengan pelbagai penyediaan kemudahan dan prasarana yang dapat menggamit kedatangan pelancong, sama ada dari dalam atau luar negeri. “Contohnya di kawasan ini perlu ada pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskannya dengan penyediaan prasarana lengkap. “Saya pasti sekiranya kawasan ini dapat dilengkapi sekurang-kurangnya seperti hutan lipur Bukit Baka di Machang, saya yakin ia akan dapat menjana lebih banyak kegiatan ekonomi di sini,” ujarnya.


Katanya, sekiranya kawasan peranginan di daerah ini dikomersialkan seperti Bukit Baka dengan infrastruktur lengkap, akan menarik lebih banyak kegiatan riadah dan pelbagai program dapat dilakukan di kawasan tersebut. Tambahnya, jika kawasan tersebut dapat dimajukan, dia pasti lebih banyak agensi luar atau pelajar sekolah akan tertarik untuk mengadakan aktiviti mereka di kawasan ini dan tidak hanya tertumpu di kawasan tepi pantai sahaja. Selain itu, katanya, banyak aktiviti sama ada oleh pihak swasta, agensi kerajaan atau sekolah di negeri itu gemar mengadakan aktiviti luar mereka di sekitar daerah Bachok sahaja kerana hanya kawasan peranginan tersebut yang mempunyai banyak kemudahan. “Tidak salah rasanya jika kawasan ini dimajukan dan dijadikan salah satu lokasi untuk kegiatan perhimpunan ilmu dan riadah. “Saya pasti suatu hari nanti kawasan ini juga akan berkembang maju dan menjadi salah satu lokasi pelancongan yang terkenal,” katanya. Lata Rek terletak berhampiran persimpangan La-loh, kira-kira 20 kilometer dari bandar Kuala Krai melalui lebuh raya Kota Bharu-Gua Musang.


Air terjun ini terletak bersebelahan dengan perkampu-ngan kediaman penduduk yang mempunyai laluan masuk yang berturap. Biarpun tiada kemudahan asas disediakan, tetapi ia amat sesuai untuk aktiviti perkelahan sekeluarga dan perkhemahan dengan pemandangan air terjun dan keindahan flora. Manakala Lata Beringin merupakan salah satu air terjun setinggi 1,422 meter yang terletak di Gua Ikan iaitu jalan menuju ke Dabong. Nama Gua Ikan dikatakan diperoleh daripada batu di kawasan tersebut yang menyerupai seekor ikan. Mitos tempatan percaya terdapat harta karun yang disembunyikan tentera Jepun ketika zaman penjajahan yang masih tidak ditemui sehingga kini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...