Pengikut

Jumaat, 22 Januari 2010

Manefetasi Teater Malaysia 2010

Maka sahlah perbualan rakan-rakan blog tentang festival teater selama ini. Mesej yang diterima bertubi-tubi mengucapkan tahniah adalah sesuatu yang benar. Aura Production KYM telah berjaya menerobos masuk di kalangan 6 kumpulan terbaik teater seleuruh Malaysia bagi kategori NGO/IPT dan 5 yang terbaik bagi kategori Monolog.

Pengesahan ini disahkan lagi apabila aku turut menyertai mesyuarat kumpulan teater yang berjaya di tingkat 34, JKKN, bangunan MAS pada 20 Januari 2010 jam 2.30 petang.

Akhirnya juga terjawab yang pada tahun ini tiada pertandingan. Sekadar manfestasi yang bermakna semuanya dapat membuat persembahan. Ada respon ok dan tak ok melalui konsep manefestasi pada tahun ini. Menurut JKKN, cara ini dilakukan kerana potongan bajet yang dilakukan oleh kerajaan untuk teater.

Berikut merupakan Tarikh persembahan bagi setiap kumpulan yang terkini. Tempat belum diberitahu lagi. Tunggu.

JADUAL MANEFESTASI TEATER MALAYSIA 2010.

Teater NGO/IPT

1. Pahang (Kirana Theatre Production) - Teater Detik : 3-4 April 2010
2. Melaka (AUra Production KYM) - Teater Gejolak : 1-2 Mei 2010
3. Kedah (AKRAB) - Teater Asy Syurah) : 5-6 Jun 2010
4. Johor ( Grup Teater Gerak Seni) : 3-4 Julai 2010
5. Pulau Pinang ( Bakawalee) Teater Dusta Pada Skala 1-10
6. Kelantan ( Teater ASPEK) Teater Meigho : 2-3 Oktober 2010

Teater Monolog

1. Perak (Fitri Nadianti Zulaidy) Monolog Nur Isandra : 3-4 April 2010
2. Melaka ( AUra Production KYM) Monolog Denyut : 1-2 Mei 2010
3. Johor ( Yayasan Pelajaran Johor) Monolog Lubang Neraka : 5-6 Jun 2010
4. Perlis ( Sekenet) Monolog Anak Kecil Main Api : 3-4 Julai 2010
5. Kuala Lumpur (Kelab Kilat TNB) Monolog Kemarau Musim Tengkujuh : 2-3 Oktober 2010


Teater Kanak-Kanak ( Sempena Festival Kesenian Kanak-Kanak)

1. Pulau Pinang ( Persatuan Seni Budaya Warisan Jemari ) Tajuk- Kisah Si Semut : 5-7 Jun 2010
2. Kuala Lumpur ( Beringin Entertainment) Tajuk- Beringin Merah : 5-7 Jun 2010
3. Kelantan ( Sek. Keb. Merbau) Tajuk : Pesona Mimpi : 5-7 Jun 2010.
2. Kuala Lumpur ( Beringin Entertainment)

3 ulasan:

Pegawai Khalwat berkata...

Terima kasih. Pembetulan.

Tajuk teater kanak-kanak Penang ialah Kisah Si Semut, bukan Kasih Si Semut. Harap maklum.

malau berkata...

Pegawai Khalwat...

Sama-sama. Ok nanti akan diperbetulkan. Kesulitan amat dikesali. Maaf.

mizahanafi berkata...

hopefully dpt g tgk nnti!:))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...