Pengikut

Selasa, 10 Mei 2011

BERANGAN KAT MELAKA TV


Video ni dirakam di Melaka TV kat Rumah Media Melaka. Sebelum tu aku ada buat gatal-gatal mulut untuk sesi ujibakat pertama diaorang kat Melaka Mall. Tu pun kebetulan lalu kat tempat kawasan diaorang buat ujibakat tu. Dalam geng tu adala sorang ahli produksi diaorang yang aku kenal. Jugak teman serumah dulu dan teman se'table' bila lepak kat gelas besar atau kedai kayu untuk minum.

Video ni pulak dirakam untuk ujibakat pusingan kedua katanya. Aku ingatkan dia saja rakam dan simpan. Rupanya terus dijadikan berita.

Melaka TV sekarang dalam proses menaiktaraf sesawang diaorang dan dengar katanya, Ketua Menteri Melaka nak jadikan betul-betul sebuah rancangan tv. Khas mengeluarkan bahan hasil dari Melaka. Sekarang ni diaorang menumpang di Youtube dan Facebook dan laman sesawang akhbar Harian Melaka Hari Ini. ( Kalau tak silap la).

Bercakap pasal pembaca berita ni, memang dah lama aku teringin nak mencuba. Saja nak cuba keupayaan diri. Tapi tak berkesempatan. Setiap kali RTM atau TV3 buka ujibakat siaran luar tu, pedas jugak kaki aku nak mencuba. Tapi tau-tau je la, aku ni jenis pemalu. Tambah-tambah kalau takder peneman untuk ke sana. Lagipun aku dok sibuk ngan kerja mengajar kat KYM dan keje-keje teater yang lain.

Jadi, yang ni dapatla jadi pengubat untuk sementara waktu. Diaorang kata kalau ada rezeki dan terpilih untuk jadi salah seorang dari 4 orang yang dia nak, maka bolehlah aku wat part time untuk Melaka TV. Dapatla duit sampingan untuk beli chewing gum dan meggi. Tu pun kalau terpilih la. Sebab suara aku ni macam tak kena jer sebagai pembaca berita. Setakat pencacai berita boleh la. Apapun kita tunggu jer nanti.


GIAN

Sebenarnya aku dah gian sangat nak berlakon TV. Sejak datang Melaka ni cita-cita aku untuk berlakon TV tu macam berkubur begitu jer. Kesibukan kerja dan tugasan membataskan keinginan aku tu. Dulu masa kat Kl paling tidak pun akan ada satu atau dua extra pelakon yang aku buat. Baru jer nak bertapak dengan lebih jitu, aku datang kerja kat Melaka.

Awal-awal datang Melaka dulu ada gak dapat beberapa tawaran yang besar dari beberapa production house yang aku pergi ujibakat. Tapi terpaksa tolak sebab bertindih dengan kerja. Jarak untuk aku bergerak juga jauh. Lama-kelamaan diaorang pun senyap sampai la sekarang.

Awal tahun ni ada gak dapat Job RTM dengan extra Ustaz Coklat. tu pun kebetulan diaorang datang shot kat KYM.

Aku teringin balik untuk berlakon TV. Tapi kena lepaskan jawatan KJ yang aku pegang sekarang. Dapat berlakon extra pun aku tak kisah. Sebab aku nak cari kepuasan. Memang lakonan TV tak sepuas lakonan atas pentas teater, tapi tak salah untuk kita alami perbezaan gaya lakonan tv atau teater.


KKD DAN MQA

Sekarang aku dalam proses menyiapkan kertas kerja untuk projek syarikat yang aku buat bersama pelajar-pelajar aku. AURA CREATIVE PRODUCTION (ACP). Syarkat yang sah di bawah suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kebetulan sekarang peralihan untuk semester pendek di KYM, jadi aku sedang berhempas pulas untuk menyiapkan Kertas Kerja Dasar (KKD) untuk persembahan bulan 7 ni. INSYAALLAH kalau ada rezeki, dapatla kitaorang buat persembahan teater di luar Melaka. Persembahan terakhir di luar Melaka yang ACP lakukan ada di Seremban Negeri Sembilan. Itupun projek kerjasama.

Pasal MQA pula, sakit otak memikirkannya. Malas rasanya nak fikir tentang skema-skema yang ada. Tapi benda tu tanggungjawab aku. Kena la buat. Lagipun dengan adanya MQA ni, menjadikan Diploma Teknologi Seni Teater ini halal. Yakni diiktiraf. Apapun sejak menyiapkan permohon memperbaharui MQA aritu, banyak benda yang aku tak tahu telah aku pelajari. Rupanya benda yang menyusahkan ni adalah penting. Supaya Diploma yang diberi bukan dibuat secara tangkap muat. Setiap sudut pengajaran diambil kira. Berapa jam untuk setiap subjek? Apa yang pelajar dapat? Rancangan Pengajaran? Macamana nak kira jam mengajar? Berapa nisbah pengajaran untuk setiap semester? dan macam-macam lagi benda.

Bulan Jun ni, akan tamat untuk Diploma Teknologi Seni Teater. Jadi sebelum tamat, diaorang akan datang untuk memperbaharuinya. Kami sebagai pengajar, kenalah mepersiapkan segala fail pengajaran dan fasiliti yang sepatutnya.


DRAMA PENDEK PAK LEMAN KAKI PATAH

Kalau korang rajin, skroll la kat bawah ni. Cari post yang lama berkenaan dengan separuh skrip yang dah disiapkan. Aku dah siapkan sepenuhnya skrip ni. Tapi saja tak mau post sekarang. Sebab masih lagi dalam draft. Segan lak nak masukkan. Nanti korang gelakkan. Aku tak pernah buat skrip secara serius. Jadi tak terrer sangat la.

Sebelum raya ACP bercadang nak shot video pendek ni. Tengah kumpulkan team yang sanggup kerja free. Huhu. Ramai jugak pelakon extra diperlukan. Yang boleh fight lagi bagus. Sebab nanti ada 2 scene nak buat fight. JAdi ke tak, kita tengok nanti. Apapun kena cuba baru tau. Nanti kalau dah siap skrip tu, aku akan publishkan kat sini. Korang pun boleh komen untuk penambahbaikan skrip tu.

2 ulasan:

Razlan Ab Razak berkata...

best tak main game tadi en.malau???

MALAU berkata...

uihh..jangan cakap kat orang..best arr..dari tak tereer pastu bleh score..tp lawan sepol jer la..lawan ko tak mampu lagi..aku baru jer sentuh arini..ko dah 45 tahun ngan mende tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...