Khamis, 21 Jun 2012
AWANG : Belajar dari pengalaman?
Akhirnya selesai jua pementasan teater Awang. Selesai juga beban yang dipikul. Tetapi kebiasannya seperti persembahan yang lepas-lepas, setiap rumah yang dah siap, pasti pahatnya masih berbunyi. Mungkin ada pekerja lain yang tengah baiki rumah atau mungkin rumah tu berhantu.
Teater Awang berhantu. Ya memang berhantu. Menghantui aku sendiri sebagai antara penggerak yang diberikan tanggungjawab pada peringkat awal. Banyak yang nak dicakapkan, tapi ada yang tak bagi aku cakap. Kerana nak menjaga hati. Hati siapa? Hanya yang terlibat saja yang mengetahui. Cuma apa yang mampu dicakapkan ialah, berubahlah andai nak majukan diri sendiri, kumpulan atau nama teater itu sendiri.
Ramai yang bertepuk tangan setelah selesai pementasan. Ramai yang mengucapkan syabas kepada penganjur kerana berjaya mementaskan teater ini. Terima kasih atas ucapan itu. Aku tak nak terima pun ucapan itu. tapi secara sipi-sipi maka aku terima jua.
GASTaM - Gabungan Anak Seni Teater Melaka. Sebuah gabungan yang ditubuhkan untuk pementasan teater Awang ini. Ini kerana penglibatan dalam pementasan ini datang dari pelbagai persatuan atau pertubuhan teater Melaka yang majoriti sudah berkubur dan tidak giat lagi menjalankan gerak kerja teater.GASTaM tidak bersalah dalam hal ini. Bapak GASTaM yang cucuk sangul.
Kalau kalian diberi pilihan, yang mana kalian rasa nak lakukan. Menjadi penggiat yang akan ikut apa sahaja, atau nak jadi penggiat yang berusaha memperbetulkan mana yang tak betul. Tentu yang kedua menjadi pilihan kalian kan. Tapi berapa ramai pula yang hanya keluar dari bibir secara sipu-sipu berbanding secara lantang. Tepuk dada, tanyalah GASTaM.
Beritahu saya siapa yang pernah menonton teater tanpa disebut tenaga penggerak seperti krew, pengurus bahagian malahan pengarah sendiri. Siapa yang pernah menonton teater di luar negara sama ada di United Kingdom, Australia atau di mana saja negara yang hanya sebut nama pelakon sahaja? Siapa? Ayuh kongsikan. Supaya dapat meredakan hati saya yang bengkak suatu ketika dulu apabila nama tak disebut dalam sebuah pementasan semasa curtain call. Bukan masalah bengkak Tentang pernghargaan diri sendiri ditidakkan hak untuk disebut, tapi mewakili yang lain andainya berlaku sebegini lagi. Siapa nak pertahankan hak orang teater kalau bukan kita. Aku seakan memberontak bila jawapan yang diberikan kepada sebab akan hal itu.rasa tak masuk akal bila dikeluarkan oleh orang yang merupakan kepala budaya. Yang dianggap oleh semua orang sebagai orang serba tahu dan semua tahu.Tapi tak disangka itu jawapan kepada persoalan kenapa nama tak disebut.
Cehh!! Macam mana nak maju kalau terus begitu. Untuk yang mengikut juga, bila nak keluar dari kepompong ibarat ikan dicucuk idung. Kalau kata lembu dicucuk idung kan agak kasar pula. Aku tak kisah andaikata tak dapat projek atau kerja dari situ. sebab dah rasa tawar hati untuk turut serta andaikata kesalahan sendiri tak nampak.
Mungkin aku perlu buat satu karangan panjang tentang perkembangan teater di Melaka dalam masa 4 tahun terdekat ni. Supaya kita sama-sama berubah. Sama-sama sedar yang kita tak berkembang apa-apa. Cuma kita buat teater sekadar nak buat teater. Kita buat teater sebab bosan dah lama tak buat teater. Untuk pengetahuan yang membaca, Teater Awang merupakan teater besar yang dah hampir 4 tahun tak dibuat. Jadi apa nanti yang ditulis dalam karangan panjang dengan tajuk 'Perkembangan Teater Melaka Sejak Tahun 2008'.
Banyak lagi nak ditulis sebenarnya pasal teater Awang ni, tapi tu la, kita ni insan kerdil, cakap banyak pun tak berubah juga yang di atas tu. Macam taik gigi manusia yang terselit di gigi raksasa. Takder kesan pun. Tapi kalau yang kecik dikumpulkan dengan geng-geng kecik, maka makin lama akan jadi besar jua.
Satu lagi sebab kenapa entry ini ditulis ialah sebab nak jawab kepada beberapa orang yang menyoal aku setelah selesai pementasan iaitu dengan soalan yang berbunyi " Apa masalah awak dengan pihak jabatan". Aku tanya balik "Kenapa perlu ada soalan cepu emas seperti itu". Si penanya itu menjawab balik soalan atas soalan yang aku berikan " Ya lah, sebab nama awak tidak disebut semasa curtain call".
Jadi persoalan kepada persoalan itu nampak kecil.Tapi kalau diteliti nampak besar. Mungkin juaga aku rasa terhina. Terhina kerana orang nampak aku yang bermasalah dengan jabatan. Padahal sebaliknya. Padahal jawapan yang nak aku berikan ialah sebab kita sekarang berada di United Kingdom, Argentina atau di luar negara. Huhh..moga dijauhkan.
Dah la tu, tulis panjang pun tak ada kesan jugak. Sekadar tulisan dalam blog yang tak seberapa ni. Tapi harapan aku supaya tak jadi benda ni kat orang lain. Mungkin dalam bentuk lain. Mungkin yang macam aku kena masa majlis kahwin seorang artis popular yang kawin kat Johor aritu. Nama dia aku tak boleh sebut. Sebab dia ada kuasa berbanding aku. Aku tak bagitau kepada orang lain yang majlis kahwin yang gilang gemilang tu ialah majlis kahwin Noraniza Idris. Alamak tertulis pulak. Nanti esok aku delete la.Apa masalah dia dengan aku? Masalahnya dia kata aku dan anak buah dia telah rosakkan majlisnya. Rosak ya. jom kita bersemuka keluarkan fakta satu persatu perjalanan kami di sana.
Ingatlah wahai Malau dan sahabat seni...dunia ni kecik...dunia seni lagi kecik...harini orang tolong kita, esok kita pula tolong orang. Jangan kita ingat kita pandai, sebab sekarang semakin ramai orang yang bijak pandai. Jadi jangan pula kita memandai-mandai.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan