Pengikut

Sabtu, 15 September 2012

JADUAL FESTIVAL TEATER MALAYSIA 2012

Akhirnya muncul kembali Festival Teater Malaysia 2012. Setelah ditiadakan pada dua tahun lepas dan diganti dengan Manifestasi Teater Malaysia. Format untuk pertandingan setiap negeri juga berbeza pada tahun ini. Setiap negeri diberi kebebasan untuk memilih sama ada mengadakan pertandingan peringkat negeri atau membentuk satu kumpulan sahaja dan bertanding ke peringkat saingan.

Kalau tahun lepas, kumpulan saya (Aura Creative Production) berjaya menjadi johan di peringkat negeri Melaka dan seterusnya dipilih 5 kumpulan terbaiksehingga layak ke Manifestasi Teater Malaysia di KL. Pada tahun 2010 tersebut, manifestasi bukanlah pertandingan, tapi kami diberi bajet untuk mengadakan persembahan di KL.

Tahun ni, saya masih mewakili Melaka. Tapi agak berbeza kerana Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Melaka memilih untuk tidak mengadakan pertandingan. Hanya satu kumpulan sahaja dibentuk gabungan ahli NGO teater Melaka. Maka terhasillah Teater Awang. Tapi sayangnya ada beberapa hal yang tidak menjurus ke arah visi dan misi pertandingan. Selaku pengarah persembahan, agak tersekat beberapa benda. Kami tidak terpilih ke kebangsaan. Bukan rezeki. Cuba lagi.

Namun demikian, masih rasa berbangga apabila kawan-kawan layak ke kebangsaan terutamanya Kumpulan UTHM yang diketuai oleh Eddy. Salah seorang member yang sama-sama belajar di UM dulu. Kini dia mengajar di UTHM Johor. Selain tu, rakan teater lain juga turut dipilih. Lihat poster di bawah.

 Jadi kepada rakan-rakan teater dan yang berminat menonton teater bolehlah ke Auditorium DBKLpada tarikh yang dapat dilihat di poster di bawah ni. Tak pasti percuma atau bertiket sebab tidak dicatat atas poster. Tapi kebiasaannya masuk adalah percuma.





3 ulasan:

MR Junior berkata...

Aku suka video serai kau. Buat la lagi pasal pokok kelapa pulak

MALAU berkata...

HUHU..BELUM ADA IDEA DAN MASA LAGI UNTUK BUAT YG LAIN. YG SERAI TU PUN SECARA SPONTAN. KALAU BUAT SECARA TAK SPONTAN NTAH LAGI TERUK..HUHU

Tanpa Nama berkata...

ou itu haru kolaborasi biar ada warna baru.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...