Pengikut

Khamis, 6 September 2012

PAK LEMAN DAN OPPA GAMPANG

Di suatu pagi yang bening, Pak Leman tergerak hati untuk keluar sarapan di kedai Mak Pah depan surau tu. Dah lama benar rasanya dia tidak menjamah kuih muih yang dibuat oleh Mak Pah. Maklumlah sejak dapat laptop yang diberikan oleh anak dia, maka banyak masa dihabiskan dengan melayari facebook. Sejak ada facebook juga Pak Leman bertambah kenalan di alam maya. Malahan pada hari raya yang lepas, beberapa kenalan yang baru dikenali datang singgah beraya di rumah. Dah seperti sahabat lama mereka berborak.

Sampai saja di kedai Mak Pah tu sudah kelihatan Encik Lan dan Pak Arul. Rancak mereka berborak.Pak Leman memberi salam dan terus ke meja yang diletakkan kuih muih. Dicapainya karipap sebijik dan diletakkan dalam piring putih yang sememangnya sudah tersedia berdekatan kuih tu. Sebiji lagi diambil. Kemudian diambil pula sebiji kuih lepat pisang. Bergerak menuju ke meja di belakang Encik Lan. Tarik kerusi untuk duduk tetapi tukar fikiran dan ingin sertai Encik Lan bersama Pak Arul.

Encik Lan dulu pegawai tinggi dekat sebuah kolej di Melaka. Sekarang ni dah pencen. Pencen awal katanya. Tak larat nak berdepan dengan situasi kolej yang semakin hari semakin serba tak kena. Lepas pencen tu dia balik ke kampung. Bukak ladang menternak kambing. Sekarang ni dah makin maju perniagaan kambing itu.Siap dieksport ke Thailand lagi.

"Aku tak berapa suka dengan projek tu." Encik Lan menyambung perbicaraan dia setelah Pak Leman duduk. "Tak ada benda lain ke yang diaorang nak bawak masuk ke kampung kita ni." Terhenti seketika Pak Leman untuk meneruskan kunyahan karipap yang diambil tadi. Tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Encik Lan. Pak Leman seakan nak bertanya sesuatu, tapi telah dipotong oleh Encik Lan "Dulu k-pop, sekarang ni Gangnam Plak. Apa yang dipuja-puja sangat tu?"

"Gampang???" Pak Leman menyoal.

////////////////////////////// ZZZZZZZZZZZZZZZZZZ //////////////////////////////////

6 ulasan:

razlan ab razak berkata...

boleh tak kalau aku nak minta royalti atas hak harta intelek?

kawan encik lan berkata...

kena mintak royalti tu. jangan biar dia kaya sorang..huhu

chae ra berkata...

isy3 pak leman ni...gangnam ngan gampang tu kan lain bunyinye....

MALAU berkata...

razlan..haha..nak royalti ya..takper..nanti pak leman hantarkan cek

MALAU berkata...

kawan encik lan ..pak leman suka berkongsi kekayan dia. nanti kawan encik lan juga akan mendapat habuannya.

MALAU berkata...

chae ra ... orang tua, telinga tak berapa nak dengar. Lagipun mana la dia tau sangat pasal gangnam ke apa..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...