Sabtu, 17 Mei 2008
TERIMA KASIH CIKGU
membaca, mengeja, menulis,melukis..semuanya tak kena..
Aku rasa yang jadinya ntah apa-apa..
Buat orang ketawa ada lerrr...
Cukup umur..bapak antar skolah..
Nak ubah aku supaya x jadi manusia lemah..
bapak pesan kat cikgu suruh aku dibelasah..
Blasah kalau aku ader wat salah..
Rotan, bdiri atas kerusi, jalan itik, pulas, macam2 denda..
Semua keperitan tu aku dah rasa..
Sedap, sakit, malu, marah semua ada..
Rasa nak blasah cikgu tu smula..
Tapi tubuh aku masa tu kecik je..
Mana larat nak blasah cikgu yang bertubuh sasa...
datang plak cikgu baru..
lani ganeh, lagi dahsyat..
bukan takat kena blasah..tapi siap kena rembat..
Rotan kecik rotan besar..paling besar 2 inchi..
Semuanya aku rasa..pernah demam 2 ari..
Lepas tu aku jadi takut..
Takut ke skolah...takut jumpa ngan cikgu tu..
Last-last, bapak aku hantar sampai ke pintu...
Tunggu kot2 takut aku cabut..
Dulu keje skolah jarang siap..
Bangun pagi baru buat..
dalam kelas slalu tlelap..
Lepas tu plakkkkkkkk....???
Aku mula brubah sikap..
Sebab cikgu garang lagi ganeh tu la..
Semua keje skolah aku siap..
Yang tak suruh pun aku buat...
Dulu aku tiru orang, tp lepas tu orang pau buku aku..
Tiap minggu buku baru..sebab member rembat buku aku..
Lepas tu cikgu tau..satu kelas junjung bangku..
Kerana ckgu tu gak aku ingat sampai sifir dua blas..
Aku hafal sampai lemas..
Bila ckgu tanya, aku dapat jawab tangkas..
Jadi budak contoh dalam kelas..
Bila exam, merah tukar jadi biru..
Tiap penggal dapat no satu..
tak pecaya datang ler umah aku..
aku tunjuk buku rekod aku..
tak caya lagi, try tanya ckgu tu..
Nik Hassan ckgu kebggaan aku..
Harini aku kenal dunia..
Sebab cikgu dah ajar semua..
buruk baik bleh dibeza..
Mana yang elok aku ikut je..
Aku tau cikgu tak pernah tipu kita..
TERIMA KASIH CIKGU.
* Cikgu lain pun banyak jasa gak. Cuma aku suka ngan cara cikgu zaman aku skolah rendah tu ngajar. Tak macam sekarang.... Manja. Nak saman cikgu ler. Cubit skit dah naik court. Kepada cikgu yang penah ajar aku, terima kasih berbilion-billion aku ucapkan. Tak terbalas jasamu padaku. Cikgu kat SK. Lata Rek, SMK Laloh, SMK Manek Urai, SMK SYP (1), Pensyarah kat Pusat Kebudayaan UM dan semua cikgu2 kat Malaysia.
Jumaat, 16 Mei 2008
NAK KAWIN PUNYA PASAL
==========================================
Hayatilah kisah benar ini.
DITUDUH GUNA WANG PALSU BAYAR MAS KAHWIN
Oleh Yulpisman Asli
Kxxx xxxxx 18 Dis. - Seorang mekanik dituduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menggunakan wang palsu sebanyak RM8,000 sebagai wang hantaran mas kahwin kepada Axxxxi xxxxxx , 23, pada 11 Disember lalu. Tertuduh, Mohd. Axxx xxxxx, 37, berasal dari Taman Kinrara, Puchong, Selangor didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Kubang Batang, Wakaf Bharu, Tumpat kira-kira pukul 4 petang. ...Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah menggunakan wang palsu RM8,000 iaitu not RM100 sebanyak 80 keping sebagai wang hantaran mas kahwin kepada Axxxxx. Dengan itu, tertuduh melakukan kesalahan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda. Tertuduh ditangkap pada malam 11 Disember lalu setelah pihak keluarga pengantin perempuan membuat laporan polis. Mengikut laporan, penipuan itu disedari oleh bapa saudara pengantin perempuan ketika mengira wang hantaran selepas majlis akad nikah oleh imam Masjid Kubang Batang pada hari sama. Kejadian itu menyebabkan keluarga wanita berkenaan terkejut apabila mendapati semua wang kertas RM100 itu yang dimasukkan dalam sebuah album gambar hanya mempunyai cetakan bahagian hadapan, sementara belakangnya kertas putih. Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat manakala imam masjid yang menikahkan pasangan berkenaan menghubungi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk mendapatkan pengesahan kedudukan perkahwinan tersebut. Imam berkenaan kemudian dimaklumkan pernikahan pasangan itu adalah sah mengikut hukum syarak. Bagaimanapun, pengantin lelaki dianggap berhutang dengan pengantin perempuan.
=======================================
Apa yang terbayang di pikiran anda saat membaca berita ini. Nak ketawa, tersenyum sorang-sorang, simpati, atau marah yang amat.
Jadi..fikir-fikirkanlah... dan renung-renungkanlah...
SEMAK UJIAN MTeST -KPLi
Ujian tersebut akan dilangsungkan ke seluruh negara pada 24 Mei 2008. Jam adalah pada jam 9.00 pagi mengikut jam Malaysia sahaja.
Tempat plak adalah mengikut borang yang korang isi aritu. Jangan plak nak g exam kat kg saya. Sebab kg saya takder letrik pada aritu. Klik sini untuk semak result anda. Pastu bleh ler print tiket MTeST. bukan tiket tengok teater atau konsert tau....
Kepada yang tak buat permohonan aritu tak yah gatal2 tangan nak buat semakan. dah gerenti 100 % yang anda tak dapat tiket. Tapi kalau nak tolong semak untuk member tak per. Bleh le pahala untuk anda nanti.
Kalau yang dah ader tiket, jangan gelenya (gatal; dalam dialek KELATE) nak bagi kat sepupu atau sedara yang kononya nak tunjuk anda baik. Sebab tiket tu tak laku untuk orang lain. Saya ulang : ini bukan tiket tengok konsert tau.
Apapun selamat menduduki ujian MTeST kepada yang berjaya. Prepare mana yang patut. Semoga cita-cita anda untuk menjadi cikgu berjaya. Menyumbang tenaga dan ilmu untuk anak bangsa supaya tak merempit...
Rabu, 14 Mei 2008
JANGAN BUNUH DIRI
Di Malaysia plak, selain tekanan, percintaan, kesempitan hidup, didapati salah satu lagi punca bunuh diri ialah dengan merempit. Mat rempit yang mati semasa merempit seperti membunuh diri. Hal ini telah dibincangkan di peringkat orang cerdik pandai dalam hal-hal agama seperti mufti, ustaz dan Pak Imam. Mereka sepakat mengatakan kes mati akibat merempit adalah seperti membunuh diri. Untuk kepastian, tanyalah ustaz yang berdekatan dengan rumah anda.
Untuk entri kali ini saya ingin bercakap pasal rempit. Tal payah ler saya cakap apa itu makna rempit. Anda sendiri tau. Kat KL, tiap2 mlm minggu anda pegi saja ke dataran mereka. Banyak mat dan minah rempit melepak kat situ.
Untuk tatapan anda juga saya selitkan dua keping gambar yang telah diubahsuaikan sedikit bagi mengurangkan rasa sakit jantung kepada yang lemah jantung. Gambar asal amat menakutkan. lagi menakutkan apabila mangsa adalah orang yang saya pernah jumpa. saya kenal tapi tak rapat. Perasaan dahsyat dan ngeri masih terngiang-ngiang apabila mengetahui hal ini.

Sebelum saya membebel secara panjang lebar, saya ingin menyatakan, tujuan penyiaran gambar ini adalah bukan berniat untuk suka-suka. Tujuan utama saya adalah supaya hal ini tidak terjadi kepada anda dan orang terdekat anda. Mana-mana fakta yang tidak tepat harap dimaafkan. Saya hanya mendengar melalui cakap-cakap orang dan mata kepala saya sendiri.

Kes Ini...
Kejadian ini berlaku pada dua hari lepas. Petang kejadian, saya sedang membuat sambungan paip air di tepi lebuh raya. Tempat keje saya berdekatan dengan workshop tempat mangsa bekerja. Abis waktu keje, saya terdengar bunyi beberapa buah motor keluar. Sambil memulas pedal minyak dengan kuat. Membingitkan. Menarik perhatian orang yang ada di wakaf (tempat tunggu bas, teksi dan tempat lepak petang-petang). Saya bersama abang n sorang lagi pak cik yang buat keje paip turut memandang ke arah mereka (kalau tak silap pandangan saya, ada 3 buah motor). Mereka memecut laju keluar ke highway. Dua di seberang jalan sini yang keluar awal. Sorang lagi lambat keluar. Yang lambat keluar dengan selamba melawan arus jalan di sebelah sana. Ini kerana terdapat kenderaan lain dari arah bertentangan yang menyebabkan dia tidak dapat ke sebelah sini. Lepas tu senyap...Saya n abang teruskan keje paip kami. Biarlah diaorang ngan keje diaorang.
Jam dah hampir pukul 7. Kami berhenti dari wat keje. Kemas barang dan menuju ke kereta. Datang sorang kawan kepada kawan saya. Dia tanya "kenal tak JO (bukan nama sebenar)." Kami kata "kenal sangat ler, bakpo (kenapa)?".
Dia kata "putuh kaki. Tepoh gardrel. Eksiden. Tu ado lagi tu, kawe takut nok tengok. Sakut endal muto saing dio." Saya translate untuk anda ek. Dia kata Kaki JO putus. Dia langgar besi guard rel yang tepi jalan. Baru je. Sekarang ni pun ada lagi kat tempat kejadian. dia takut nak tengok lama-lama. Ngeri. Motor dia tersangkut handle motor member sorang lagi.
Kitaorang terkejut mendengar berita tersebut. Jo eksiden. Sangkut handle motor member rempit sorang lagi. terbalik dan melanggar guard rail. Jo putus kaki. Lihat gambar yang diambil oleh bapa saya. Kaki Jo terpisah jauh dari tubuhnya. Kemalangan tersebut berlaku 8km dari tempat saya bekerja. Seorang lagi member dia patah paha. Petang tadi saya dengar dia meninggal di hospital.
Tak sangka, sebelum kejadian kami tengok Jo n prend kuar dari workshop. Begitu cepat nyawa melayang. Kami ke kedai makan. Untuk minum air. Ader sorang budak kat situ bagitau sebelum kejadian, Jo n prend ada bagitau yang diaorang nak 'bkubang'. (Bkubang adlh dialek kelantan. Dalam BM bermaksud bermain dalam lumpur). Bkubang adalah salah satu bahasa mat rempit yang anda perlu tau. Bkubang dalam bahasa mat rempit bermaksud berlumba.
Kepada yang bukan perempit, anda juga kena tau bahasa-bahasa mat rempit ini. Jika ibu bapa yang ada anak remaja senang untuk menangkap kegiatan diaorang. banyak lagi bahasa seperti ULAR, MENEBAS, HUJAN, MERAH dan banyak lagi. Kalau terdengar ayat pelik-pelik, berwaspadalah. Dulu saya ada gak belajar bahasa ni. Skit je. Tapi dah lupa. Kat KL lain skit, sebab guna bahasa BM. Kat Kelantan mestilah guna dialek Kelantan. Diaorang gunakan bahasa sebegini untuk elakkan disedari oleh orang yang tak rempit.
Saya bali ke rumah dengan rasa percaya atau tidak. Sebelum ni saya dengar kes sebegini jauh dari saya. Tapi hari ini dekat saja.
Sambung balik hal kes ni ek... Mengikut cerita atau khabar mulut dari orang lain, si Jo ni baru saja mengambil duit gaji dari BOSS dia. Dia kata esok nak bawa anak dan isteri dia pegi jalan2. Pastu nak tukar nama anaknya untuk buku akaunya. Tapi semua tu tak kesampaian.
Mengikut cerita juga, sebenarnya duit yang diperoleh oleh si JO ni telah digunakan untuk buat berlumba. Pada petang tersebut, dia bersama 4 buah motor lagi telah berlumba haram. Setiap orang dari mereka mengeluarkan sebanyak RM500 lebih untuk perlumbaan ini. Pengakhirannya, kematian yang diperolehi. Meninggalkan seorang anak, isteri, keluarga, sahabat handai dan hal-hal duniawi yang lain. Dia akan bersoal jawab dengan malaikat di alam kubur nanti.
Apa gunanya anda merempit.
1. Kepuasan
2. Kehebatan.
3. Kawan-kawan
4. Nak Tunjuk Hero
5.Popular di kalangan mat rempit.
6. Dapat duit / pompuan.
Yang sebenarnya...
1. Buang masa
2. Tambah dosa
3. Buang duit
4. Bazir minyak motor
5. Menambah masalah sosial
6. Menggangu orang lain
7.Mati cepat
8. Nama buruk
9. Kesalahan Jenayah
10. Anda takde otak segar..
Banyak lagi yang boleh dicakapkan pasal rempit ni. Tapi kalau kesedaran takder, cakap lah 18 kawah gunung berapi pun, membazir air liur je. Tapi sebenarnya dengan cara ini akan membuatkan hati orang yang tak merempit berdetik. Takut, ngeri dan tak membenarkan keluargnya terlibat.
Harap-harap lepas ni, ader usaha yang lagi keras membanteras gejala ni. Apapun puncanya dari rumah dahulu....
"Sesal dahulu pendapatan...sesal lepas mati, jawablah di akhirat.."
MA
Tq sebab besarkan Je selama ni.
Tanpa Ma..tiada ler aku..
tanpa Ma..tiada ler budak ni..
Ahad, 11 Mei 2008
NOSTALGIA -Kenangan Terindah (PART IV)
Latihan sepanjang hampir 2 bulan lebih ini menjadikan kami seperti sebuah keluarga. Kami ada adik, abang, kakak, ibu, ayah, sahabat, cikgu. Kami akrab sebagai sebuah kumpulan dan keluarga. lihat saja hasilnya pada malam persembahan iaitu pada 30 JUN 2007 jam 8.30 malam di Auditorium taman Budaya KL. Apa yang lebih membanggakan, kami akrab sebagai sahabat baik sehingglah ke hari ini. Sebut sahaja Melati dan Melur otak terus berputar ke saat kami bersama.
Melati di tangan Kak Isma (Ismaliza Ishak) memang menjadi. Saat baru mengenalinya saya sangkakan dia sombong. Tapi rupanya tidak. Dia seorang yang baik, tidak kedekut ilmu. Banyak yang saya peroleh darinya. Dia graduan ASK (ASWARA kini). Jadi saya sebagai orang baru, saya banyak belajar darinya. Gambar di atas sebenarnya saya design khas untuknya. Seperti yang anda lihat, majoriti adalah gambar beliau. Bukan pilih kasih tapi ..... tak sempat nak buat yang orang lain punya. Saya punya pun tak der la...
Sebenarnya saya nak buat setiap orang dalam Melati dan Melur, tapi memandangkan tangan saya ada dua belah, mouse plak ada satu je, maka tak sempat untuk saya siapkan. Sekarang ni plak saya dah sampai kg. masa saya design gambar part IV ni, saya buat kat KL. Gambar yang lain ada kat komputer di KL....
Rakan lakon lain juga tidak dilupakan. Zuriah sebagai MELUR, Ridz J (Ridzuan jusoh) sebagai ROSLI, Sharafina Abdullah sebagai EMAK, Iswazir sebagai MAZLAN, Jaa Rased sebagai SHERRY LILY, Aliff, Nina, dan Ilya. Korang semua memang power. Saya seronok kerja dengan korang semua. Kalau diberi peluang, saya ingin mengadakan produksi lagi bersama kalian.
Candid SHOW TIME and HARI MASUK PANGGUNG...
JASAMU DIKENANG- BELAKANG TABIR...
Tanpa orang belakang tabir, tak der maknanya Produksi Melati dan Melur ni. Tanpa korang jugak, pelakon kat depan pentas seperti patung saja. Kak Lenny sendiri sebagai pengarah. banyak mengajar saya dan rakan lakon lain bahawa bukan senang nak jadi pelakon teater. juga mengajar kami mengenali hidup berkeluarga dalam teater. Abang Nasri, orang kuat di belakang pengarah. Malah orang kuat di belakang kami. Idea bernas dan teknik teater banyak diberikan oleh beliau. Intan yang bertungkus lumus menguruskan kami. menjaga kebajikan kami dan team.Tidak lupa kepada Farah, sumbangan anda sangat besar. selain itu kepada Along Purple dan Remy nazrin yang menghidupkan lakonan kami dengan rekaan set yang simple tapi gempak. Wahhh.. sudah jadi macam ucapan sampaikan salam plak...
